Finale Ikon Nur melabuhkan tirainya dengan menobatkan Suhaili Mohamad, 29, sebagai Ikon Nur 2014/2015.

Beliau yang merupakan Eksekutif Komunikasi Korporat dan Pemasaran, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,300 termasuk wang tunai RM5,000 serta trofi.

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/finale%20ikon/AhkV4nmdhU8CeC1pvQZIFLqYeNnHJ1EzHnX-Jyz836xN.jpg

Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang pengacaraan dan peragaan, Graduan dalam bidang Master in Science Fisologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berjaya menepikan saingan sengit daripada 10 finalis Ikon Nur yang lain.

Menurut Suhaili, dorongan ibu serta sokongan suami menjadi pembakar semangat untuknya menyertai pencarian Ikon Nur.

“Cabaran pasti ada, namun perlu bijak mengatasinya. Saya sangat bersyukur sepanjang menyertai pencarian Ikon Nur ini, saya dapat mempelajari banyak perkara dari finalis lain yang berlainan latar belakang,” katanya.

Menurutnya, beliau ingin memartabatkan wanita berkerjaya untuk gapai impian meskipun dalam bidang berbeza.

“Jika mereka ada bakat, mereka perlu yakin dan berusaha ke arah mencapai impian yang diinginkan,” katanya.

Finalis Ikon Nur pada kali ini diadili empat barisan juri, iaitu Penerbit Eksekutif (Grup buku & majalah) Kumpulan Media Karangkraf, Farah Hussamuddin; pengacara, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin; penyanyi Amy Mastura serta Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim.

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/finale%20ikon/As5S49pl8YWpPZWacsGr3zzD0Pzu0k9z6lXmVarOdpnE.jpg

Acara kemuncak itu menyaksikan kesebelasan finalis mempamerkan skil komunikasi dan personaliti mereka di hadapan juri dan penonton, sebelum lima yang terbaik dipilih sebagai peserta Top 5. Finalis Top 5 kemudiannya diuji sekali lagi dengan soalan spontan daripada para juri.

Selain anugerah Ikon Nur, turut diberikan penghargaan adalah anugerah Ms Integriti, yang dimenangi Peguam dari Johor Bahru, Nadirah Zulkhanain, 29. Anugerah Ms Intimacy pula dimenangi jurulatih kesihatan dan kecergasan, Nur Syuhada Anuar,30. Kedua-duanya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM4,000.
 

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/finale%20ikon/Ao_tIKOeyGDZqD0O8bJmdStpQPXbaMVBUuEw1IB0lj5e.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/finale%20ikon/AkN_aAy7KYSw44_QqD2pr9_H6CrzvU2UVKendzfmaT3l.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/finale%20ikon/AtIUgKGJ2BWMsCUuu9iz3gn5N6--F5sHbudTqhFurqc3.jpg