Keayuan wajahnya sentiasa terserlah walau dari sudut mana pun fotonya dirakam. Raut wajah mulus dan tubuh langsingnya langsung tidak menggambarkan usia dan status sebenar Muslimah jelita ini. Berkahwin di usia muda, Sharifah Husna Syed Mustaffa, 27 tahun menganggap segala detik kehidupan yang ditempuhinya satu proses kematangan buat dirinya. Kenali wanita pencinta seni dan mesra famili ini.

 

COVER STORY: Sharifah Husna, Pencinta Seni & Mesra Famili

Sharifah Husna yang menyandang jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan ini menganggap kerjayanya adalah satu pekerjaan di sebalik tabir. Dia memainkan peranan penting dalam menentukan ‘hidup dan mati’ seseorang. Seperkara yang menarik mengenai ibu muda ini, dia adalah seorang pencinta seni. Amalan dan prinsip hidupnya cukup mudah, jika berusaha dengan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil.

 

TUTORIAL SANTUN: Cantuman Bawal & Sifon

Selain stail hijab, jenis fabrik juga berperanan dalam menyerlahkan penampilan anda. Kali ini kelainan yang ditampilkan ialah kombinasi tudung bawal dan sifon yang dijahit menjadi sehelai hijab. Gandingan fabrik berlainan jenis mencipta keselesaan dan keunikan tersendiri. Mari kita singkap tutorial gandingan dua elemen tudung ini.

 

SOROTAN UTAMA: Kanser Payudara, Masih Ada Peluang Sembuh

Kanser payudara adalah satu penyakit yang amat digeruni. Ada segelintir wanita menganggapnya satu penamat kehidupan buat mereka. Hakikatnya lebih awal pemeriksaan dilakukan lebih cerah peluang pesakit kanser payudara untuk sembuh. Teknologi kini dengan pengesanan melalui mammogram dan ujian ultra bunyi, kanser boleh dikenal pasti awal. NUR menelusuri maklumat lanjut mengenai mimpi negeri setiap wanita ini.

 

KUNCI SUKSES: Cuti Haji, Jangan Tangguhkan Kerja

Mendapat panggilan daripada pihak Tabung Haji sememangnya menjadi detik paling indah dalam hidup kerana itulah panggilan yang dinanti-nanti selama bertahun-tahun. Bukan mudah terpilih kerana masih ramai lagi yang menunggu giliran di belakang nama anda. Sebelum cuti panjang sebulan lebih, anda perlu ada perancangan rapi untuk persiapkan kerja lebih awal agar tidak membebankan teman pejabat anda. Ikuti tip daripada NUR.

 

SOLUSI KARIER: Jagalah Etika Kubikel Pejabat

Ruang dalam kubikel menjadi ruang privasi untuk anda bekerja. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu beraksi sewenangnya tanpa memikirkan perasaan rakan yang ‘berjiran’ dengan anda. Ingatlah segala suara, gerak geri, bunyi dari kubikel anda secara langsung akan menerobos ke pengadang kubikel bersebelahan. Jadi patuhi etika di kubikel pejabat seperti yang disenaraikan ini.

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah NUR edisi Oktober 2014 adalah Penampilan Wanita; Kuasa Doa & Minda Ketika Sakit, Zat Tersirat Biji Aprikot, Jangan Bersedih! Bersikap Positif dan Aktif dan banyak lagi. Jangan lupa juga sertai peraduan dengan memenangi hadiah menarik seperti 30 helai tudung daripada Sookascarfscarf dan percutian 3 hari 2 malam bersama sarapan percuma untuk 2 orang di Hotel Pullman Kuala Lumpur, Bangsar. Nur