Membuka tirai Pencarian Ikon Nur, Syazwin Niza Ahmad Nasution dipilih menghiasi kulit hadapan majalah. Tampil dengan pakej yang menarik, ibu kepada seorang anak ini mengakui agar gementar juga menerima pelawaan untuk menyertai pertandingan berprestij NUR. Namun atas semangat berani menyahut cabaran, muslimah yang menjadi peserta pertama pencarian ikon nur ini berazam terus melangkah ke hadapan lalu menolak ketepi segala rasa ketidakpastian.

 

COVER STORY: Impian Dan Harapan Syazwin

Seperti juga Muslimah berkerjaya lain. Wynn menggenggam keazaman untuk mengimbangkan masa di antara karier dan juga kehidupan keluarga. Bagi ibu muda ini amalan rutinnya ringkas sahaja iaitu bekerja mengikut masa. Tiba waktu selesai kerja, dia tidak akan berlengah-lengah lagi pulang ke rumah menyambung tanggungjawab sebagai ibu kepada seorang anak kecil dan juga isteri.

 

ISU ORANG BUJANG: Wahai Si Bujang, Carilah Jodoh Anda

Perkahwinan merupakan Suatu tuntutan dalam islam dan sunnah Rasulullah SAW yang menuntut perlaksanaan terhadap fitrah manusia. perkahwinan boleh didefinisikan sebagai akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan dan menetapkan hak-hak serta tanggungjawab bersama. namun, ada juga yang masih belum bersedia untuk berkahwin dan memberikan pelbagai alasan untuk lari daripada situasi ini.

 

IMEJ MUSLIMAH: Cantik & Ceria Di Rumah Terbuka

Syawal bulan kemenangan umat Islam. Masyarakat melayu dan mereka yang beragama Islam di malaysia amat menantikan hari lebaran aidilfitri. Setelah Sebulan tekun menjalani madrasah ramadan dengan Ibadat puasa dan Solat terawih, kini tibalah masanya untuk menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan.

 

RAPI DIRI: Memanjakan Diri & Fikiran

Sebagai wanita berkerjaya ada kalanya melalui momentum yang membuatkan kita berada dalam tekanan dan keletihan. Letih bukan Sahaja di badan tetapi minda juga boleh menjadi letih dan memberi kesan kepada tubuh badan. Jangan dibiarkan kerana Ia memberi kesan kepada tubuh badan. Oleh Itu cari cara untuk melepaskan Segala keletihan, kepenatan dan tekanan yang dialami. Salah Satu Spa yang memberi rawatan bersesuaian adalah intai jelita, Setelah mendapat rawatan tersebut, pasti terdapat perbezaannya. Ikuti langkah yang dikongsi oleh Spa intai jelita.

 

SANTUN ANGGUN: Variasi Gaya Si Wajah Bujur

Ikatan tudung yang bersesuaian bukan sahaja untuk kelihatan Cantik dan Menawan namun ia juga perlu bersesuaian dengan bentuk wajah. Untuk Mereka yang memiliki bentuk wajah bujur, ada enam gaya tudung khusus untuk anda!

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah NUR edisi Ogos 2014 adalah 6 Resipi Istimewa Emelda Masterchef, 70 Busana Ringkas Ke Pejabat, Cungkil Rahsia Kejelitaan Wanita Arab, Bos oh Bos: Buli VS Tegas dan banyak lagi. Jangan lupa juga untuk dapatkan 20 hamper produk Rhupawan!