Mempesonakan. Begitulah diibaratkan buat figura hebat yang menjadi penghias muka depan majalah Nur edisi bumper kali ini. Personaliti dan penghibur yang telah menawan berjuta hati rakyat Malaysia ini sentiasa dinantikan ceritanya. Sempena isu ramadan, Dato Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi rasa mengenai kisahnya.

 

COVER STORY: Siti Bertudung Penuh

Mula bertudung pada hari ulangtahunnya tahun lepas, ternyata inilah yang ditunggu-tunggu  oleh peminat semua. Saat memuat naik gambar ke instagram, ramai yang memuji tindakannya yang bertindak seiring dengan kematangan usia. Menjelaskan perkara tersebut, Dato' Siti mahu menajdi lebih baik daripada semalam.

 

IMEJ MUSLIMAH: Fesyen Ramadan Ikut Syariat Atau Sekadar Hormat Bulan

Bulan Ramadan bulan mulia dan lazimnya umat Islam menghormati kedatangan bulan ini dengan pelbagai peningkatan ibadat dan amalan untuk meraikan bulan istimewa ini. Paling utama dalam soal ibadat pada bulan ini akan memperlihatkan umat Muhammad SAW tekun membuat segala amalan fardhu ain dan sunat secara berlebihan.

 

EKSPRESI DIRI: Ranggi & Sopan Jadi Pilihan

Senyuman yang sentiasa terukir di bibir pastinya menjadi daya penarik bagi anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini. Tidak hairan jika ramai yang selesa berdamping dengannya kerana beliau tidak pernah  lokek dengan senyuman.

 

SOLUSI KERJAYA: Bersihkan Hati Masa Bekerja!

Tatkala bekerja pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini, cuba anda renungkan sejenak apakah dunia kerja yang sedang dilalui ini sudah anda bersihkan daripada sikap dan etika kerja yang negatif. Lumrah, manusia dalam mengejar cita-cita, wang dan pangkat kadang kala dunia kerja dicalari dengan ketamakan, kerakusan dan mementingkan keinginan sendiri.

 

DILEMA MAMA: Puasalah Wahai Ibu

Hamil ketika Ramadan sememangnya menjadi satu kekeliruan buat wanita di luar sana sama ada boleh berpuasa ataupun tidak. Namun, jika anda hamil sebenarnya anda mampu berpuasa penuh, ikuti tip di bawah buat wanita hamil.

 

Antara topik lain yang dimuatkan dalam majalah NUR edisi Jun 2014 adalah Haid di malam lailatul qadar cara lain cari pahala, Khatam Al-Quran mudah & berkesan, Bulan puasa beruntungnya jadi lelaki, Ayuh wanita cantikkan wajah dengan berzikir, 180++ busana indah penyeri muslimah dan banyak lagi. Jangan lupa sertai peraduan produk Bellavita dan 80 helai tudung untuk dimenangi!