Wajah keibuannya jelas terserlah. Lembut tutur kata dengan senyuman sentiasa terukir. Sejuk mata memandang melihat kebahagiaan yang makin bersinar dalam kehidupan Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer. Kehadiran mereka dengan putera sulung Redza Syah Irfhan menimbulkan suasana keceriaan pada pagi hari penggambaran foto. Bersama NUR, Irma berkongsi kebahagiaan dan harapnnya membentuk keluarga sakinah yang sentiasa mendapat keredhaan dari Allah SWT.

 

Menepati suasana Hari Raya Korban, suasana seni bina indah di dalam perkarangan masjid baru di Bukit Jelutong, Shah Alam iaitu Masjid Tengku Ampuan Jemaah dipilih sebagai lokasi melengkapkan lagi keindahan cover NUR kali ini. 

 

Pengorbanan perlu keikhlasan

 

Buat Irma, makna pengorbanan itu makin dekat dan kian terasa saat diri sudah bergelar ibu. Dari detik kelahiran Irfhan, kehamilan, kini menjaga dan mengasuhnya dengan penuh kasih sayang menyebabkan selebriti berhijab ini terkenang pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu, sudah tentu ingatan terhadap ibunya juga.

 

“Korban seorang ibu mengandung dan bertarung nyawa melahirkan anak adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai dan amat berharga dalam kehidupan setiap wanita yang bergelar ibu. Bagi saya, apa sahaja pengorbanan yang dilakukan kita sebagai hamba Allah haruslah dibuat kerana Allah,” luah Irma bila ditanya mengenai pengertian korban.

 

Kedatangan Hari Raya Korban atau Haji ini juga menggamit kenangan manisnya ketika bertamu ke kota suci. Tanpa berselindung, Irma jujur mengakui jodohnya dengan Redza ada kaitan dengan doanya semasa berada di hadapan Kaabah dahulu. Irma yang mulanya ‘ditemui’ lebih dahulu oleh ibu Redza di kota Mekah, berakhir dengan kisah bahagia penyatuan  mereka sebagai pasangan suami isteri tanpa tempoh perkenalan yang panjang.

 

Bina keluarga berlandaskan Islam

Irma mengakui hidup bahagia apabila berlandaskan Islam. Membentuk keluaga sakinah menjadi impian Irma dan Redza, mereka yakin asas sebuah ummah yang kuat adalah lahir daripada rumah tangga yang berpegang dengan agama Islam. Sakinah bermaksud ketenangan seprti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Surah Al-Furqan, ayat 74. “ San orang orang yang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”

 

 

 

Trivia Irma sebagai ibu:

 

·         Bahagia menyusui Irfhan dengan susu badan

·         Masih berlakon namun mengurangkan pembabitan.

·         Banyak mengumpul maklumat penyususan dan keibuan daripada maklumat tetamu jemputan di program Assalamualaikum.

·         Ceria mengagah Irfhan yang suka memberi reaksi comel dan ketawa.

·         Bahagia mengasuh dan menguruskan anak sendiri.

 

 

Temubual NUR bersama Irma tidak terhenti di sini. Irma banyak berkongsi mengenai pengalaman hidupnya setelah berumah tangga bersama NUR. Untuk tahu dengan lebih lanjut, dapatkan majalah NUR edisi Oktober 2013 sekarang!