Finalis kedua ini sememangnya memiliki karakter yang tersendiri dan tegas dalam lembut. Pesona yang dimiliki menjadikan dirinya pilihan beberapa jenama untuk menjadikan dirinya duta. Tanpa diduga sekadar ingin mencuba, nasib dan tuahnya tertulis di dalam bidang peragaan. Namun dia bijak mengehadkan aktiviti dek kerana masih terikat dengan kerjaya sebagai usahawan yang tidak sesekali akan diketepikan olehnya. Kenali gadis manis dan miliki aura tersendiri ini.

COVER STORY: Nurul Ain, Berjaya Di Usia 24 Tahun                                                                                                                                                                                     Wajahnya sering dapat dilihat di dalam iklan butik Al-Humaira Contemporary. Itulah titik permulaan dirinya bergelar model sambilan. Walaupun pada asalnya dia hanya ingin mencuba perkara baru di dalam hidupnya, namun permulaan ini merubah diari kehidupannya masa kini. Usahanya di usia muda serta dedikasi dalam apa yang diminatinya mampu memberi inspirasi kepada Muslimah di luar sana. 

IMEJ MUSLIMAH: Adab Antara Pekerja Wanita Dengan Ketua Lelaki

Islam tidak melarang kaum wanita bekerja dan mencari nafkah bagi memenuhi keperluan hidup mereka dan juga demi membantu keperluan keluarga. Akan tetapi, batasan atau tatasusila pada waktu bekerja haruslah dijaga. Acap kali kita melihat pekerja wanita sama ada berkomunikasi sesama rakan sekerja lelaki, ketua jabatan atau majikan pasti yang menarik perhatian ialah bagaimana perhubungan kerja itu dilakukan.

FOKUS: Dugaan Mematangkan Hidup

Sharizan Samad, Pegawai  Psikologi Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengulas mengenai ujian dan dugaan yang dilalui oleh pasangan suami isteri. Menurutnya, hidup ini memang penuh dengan cabaran namun kesusahan inilah yang membuatkan hidup kita membesar dengan matang. Ikuti kupasan pengalaman dan nasihat beliau. 

RAHSIA SUKSES: Selongkar Rahsia Kejayaan Sahabat Rasulullah SAW

Rasulullah SAW mendidik para sahabat sehingga menjadikan mereka sangat cintakan akhirat. Abdur Rahman Bin Auf merupakan contoh tokoh korporat Islam yang berjiwa sensitif dengan Sang Pencipta. Beliau si kaya yang zuhud, meletakkan dunia di tangan, akhirat dihatinya. Jika ada tokoh korporat Islam yang mencontohinya, menjadikan taqwa modal utamanya, insya-Allah akan gemilanglah umat Islam di akhir zaman ini.

SANTUN ANGGUN: Hijab Praktikal Ke Pejabat

Bagi Muslimah yang berkerjaya, pilihan ikatan tudung dengan gaya dan pilihan corak yang praktikal biasanya menjadi pilihan utama. Di samping itu aspek keselesaan dan tidak kelihatan terlalu berlebihan bergaya juga menjadi aspek penting dalam penggayaan stail tudung ke pejabat. 

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah NUR edisi September 2014 adalah Trend Selfie Bahayakan Anak, 6 Akal Buat Suami Rasa Dihargai, 8 Resepi Pemanis Yang Enak & Mudah dan banyak lagi. Jangan lupa juga sertai peraduan Paddington House of Pancakes! Nur