COVERSTORY : Di Sebalik Pesona Ekin & Amrina
Nur kali ini menggandingkan dua orang wanita yang memiliki pesona yang tersendiri. Gandingan Ekin Rahmat dan Amrina Aziz sememangnya membuatkan suasana penggambaran begitu lancar dan tenang walaupun mereka tidak lepas memerhatikan telatah dan gelagat anak masing-masing. Dua figura ini bukanlah dalam landasan yang sama, namun ada sebab kenapa kami menggandingkan mereka berdua.

IMEJ MUSLIMAH : Pemakanan Dan Amalan Sihat Di Bulan Syawal
‘Idul Fitri… sebutan seluruh umat Islam apabila berakhirnya bulan Ramadan. Inilah sebutan yang sepatutnya mengembalikan kita kepada penghayatan sebenar sambutan hari raya. Mengapa tidak, selepas berpuasa selama sebulan, mengekang nafsu, mengikis mazmumah, kini kita seperti dikembalikan kepada fitrah yang suci bersih. Itulah hakikat taqwa.

FOKUS : Kumpul Pahala Di Hari
Isunya nampak cliche bagi segelintir insane namun sangat memberi kesan kepada mereka yang sendiri merasainya. Bekerja pada hari raya antara isu yang saban tahun melatari kehidupan golongan yang menyandang tugasan berat. Antaranya ialah pasukan beruniform seperti polis, tentera dan jururawat serta media elektronik dan lain-lain.

TINJAUAN FOKUS : BERTUGAS DI AIDILFITRI, SUKAVS DUKA
Bertugas di Aidilfitri sesuatu perkara yang mungkin tidak mahu kita dengar. Sebut sahaja bekerja di hari raya pasti ada di kalangan anda yang tidak sanggup untuk berkhidmat di hari istimewa ini. Tetapi, mungkin ada segelintir di kalangan mereka yang merasakan bekerja di hari raya sebagai satu pengalaman yang baru. Ketahui apa kata pembaca nur tentang isu ini.

MELENTUR BULUH : Didik Si Kecil Berbicara
Perasaan bimbang pasti dirasai oleh ibu apabila melihatkan anak yang berusia hampir tiga tahun tetapi masih lagi belum pandai bercakap. Hal ini bukanlah satu perkara baru bagi mereka yang bergelar ibu. Ketahui serba sedikit berkaitan isu perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak serta tip-tip untuk menangani masalah lambat bercakap dalam edisi Nur kali ini.

SUAMI ISTERI : Utamakan Keluarga Suamimu
Setiap kali menjelang akhir Ramadan mulalah ‘berbunyi’ isu balik kampung. AlhamDulillah, jika anda dan suami berjaya mencapai kata sepakat, bagaimana pula kisahnya suami isteri yang bermasam muka akibat salah seorang darinya bertegas ingin mahu pulang ke kampungnya sendiri sahaja. Malas bergaduh panjang mungkin suami akan akur sahaja dengan kehendak isteri. Tetapi buat isteri muslimah muhasabah dirilah dalam Islam setiap anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibu bapamu juga akan mendapat pahala di atas ketaatanmu itu.

Dan banyak lagi artikel-artikel menarik yang boleh anda dapati dalam Majalah Nur edisi Julai 2014. LANGGAN Majalah Nur sekarang di sini. [ KLIK ]