Personaliti yang menghiasi muka depan Nur kali ini lemah lembut orangnya. Kelembutannya terserlah tatkala menatap wajahnya yang ayu dan anggun berhijab walaupun tanpa solekkan. Dramatis yang dikenali dengan nama Memey Suhaiza, 26, ini menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan imej bertudung tahun lalu. Ikuti perjalanan hidup Memey sebagai seorang pelakon, isteri, ibu serta penghijrahannya.

 

Penulis masih ingat waktu pertama kali bersua dengan Memey yang ketika itu masih belum berhijab. Malam itu penulis menghadiri majlis perasmian sebuah butik di sebuah hotel di ibu kota. Memey turut hadir sebagai tetamu jemputan. Yang menarik perhatian penulis adalah kehadirannya itu ditemani dua anak perempuan Norman Hakim.

 

Pad amulanya penulis tidak begitu ambil pusing tetapi kerana tertarik dengan karenah dua anak kecil itu yang begitu mesra dengannya, penulis leka melihat aksi mereka. Memey melayannya dengan mesra, meyuap makanan dan membiarkan mereka baring di ribanya.

 

Aksi mereka itu membuatkan banyak mata yang memandang. Mereka begitu akrab bagaikan ibu dan anak. Wanita yang masih muda ini tidak kekok melayan karenah dua anak kecil yang manja dan suka dibelai.

 

Memey membiarkan sahaja kedua-dua anak Norman bermain rambutnya. Terdetik dalam hati penulis betapa wanita itu suatu hari nanti akan menjadi seorang ibu yang baik. Setelah beberapa tahun berlalu, hari ini Memey sudah menjadi isteri Norman dan telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Darwisz Hakim, 11 bulan.

 

Tiada paksaan

 

Banyak perubahan yang dilaluinya membuatkan Memey menjadi lebih dewasa. Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, hubungannya dengan tiga anak tirinya tetap seperti dahulu. Paling ketara adalah penghijrahannya berlaku dalam usianya 25 tahun. Namun pemilik nama sebenar Suhaiza Suhaimi itu bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi hidayah secepat ini dan bertekad untuk terus berusaha menjadi seorang muslimah sejati.

 

Bercerita mengenai penghijrahannya, Memey berkata, dia mula mengenakan hijab sepenuhnya pada 24 Jun tahun lalu. Ia berlaku secara tiba-tiba, tanpa dipaksa sesiapa atau kerana mengikut kemahuan orang lain sebaliknya keinsafan itu datang daripada dirinya sendiri.

 

Label baju sendiri

 

Sempena kedatangan tahun 2014, Memey sentiasa berdoa agar Allah SWT melimpahkan rahmatnya kepadanya dan keluarga. Berharap segala urusan kehidupan keluarganya berjalan dengan baik dan semuanya dipermudahkan.

Selain itu, Memey juga berharap agar perancangannya untuk mengeluarkan busana label sendiri akan tercapai. Busana berlabelkan Mayadelila by Memey itu berkonsepkan Muslimah moden dan dijangka keluar pada tahun ini.

 

Ha, kalau anda nak tahu lebih banyak lagi pasal Memey dan Mayadelila, sila dapatkan majalah NUR keluaran Januari 2014 kini di pasaran!

 

Menarik Bulan Ini!

 Nur terus tampil hebat dengan pelbagai isu menarik setiap masa. Ketahui 250++ tip muslimah hebat dan serba boleh, variasi fesyen dan santun anggun, 11 amalan terpilih mendapat doa malaikat dan banyak lagi. NUR keluaran Januari 2014 kini terus memberi informasi terkini untuk anda semua! Ia kini di pasaran!