Kemunculan  Diana Amir di studio Karangkraf hari itu agak ringkas. Dengan stail hijab daripada koleksinya sendiri, Diana tampak berseri-seri. Tatkala di tatarias, bintang ini juga mengatakan yang dia menyukai busana pengantin tersebut kerana tidak mengikut bentuk tubuh badan. Hijab juga dilabuhkan, ternyata Diana Amir benar-benar istiqamah dengan penghijrahannya.

β€œItu cerita lama sebelum saya berhijab. Setelah mengikut usrah dan bergaul dengan rakan-rakan artis yang lain, saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Jadi, saya berusaha untuk berada di landasan yang betul. Jika ada sesi penggambaran saya akan meminta jurusolek wanita. Begitu juga jika ada tawaran berlakon, saya akan memilih supaya sesuai dengan  penampilan. Biasanya mereka faham dengan penampilan dan tidak ada masalah untuk terus bergiat di bidang seni, asalkan tahu batas-batasnya.

Mengakui penglibatan seninya tidak mengehadkan walaupun bertudung, Diana akan meneliti terlebih dahulu tawaran sebelum menerimanya. Ini kerana ada juga skrip yang ditawarkan tidak sesuai dengan imejnya.

β€œ Ada yang menawarkan saya untuk berlakon watak bertudung, tetapi tidak sepenuhnya. Jadi ia tidak sesuai dengan penampilan saya. Walaupun kurang berlakon filem, rezeki saya untuk drama dan pengantaraan masih ada. Yang terbaru saya akan menjadi pengacara program reality sunsilk yang menampilkan pereka fesyen dan model dalam industri ini,” jelas Diana yang juga mempunyai koleksi fesyen sendiri.

 

Jarang berjumpa

Sebagai selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian ramai masyarakat. Bergelar tunangan kepada Mohd Habib Bullah A Rahman, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Diana aku detik bahagia itu akan tiba tidak lama lagi.

β€œ Memang majlis pertunangan kami dilakukan secara tertutup. Apa yang perlu dihebahkan ialah majlis nikah. Malahan perkenalan kami juga cukup ringkas. Rakan saya membawa dia ketika berjumpa untuk satu urusan. Dari situ, tunang meminta kebenaran rakan saya untuk berkenalan. Bermula dengan teks, telefon saya dapat rasakan ada keserasian antara kami. Sehinggalah kami bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.

Bagi Diana, pegangan agama seorang suami amat penting kerana mereka akan menjadi ketua kelaurga. Jadi, ciri-ciri Habib menepati kriteria pilihan suami Diana. Habib sentiasa menjadi rujukan jika Diana mempunyai permasalahan agama.

*Dapatkan Majalah Nur keluaran  terbaru edisi  November 2013 untuk tahu lebih banyak cerita mengenai Diana Amir dan pelbagai tajuk menarik seperti 12 gaya tudung nikah dan sanding terkini, binalah syurga dalam rumah tangga, 80 ilham busana bertandang & pengantin dan banyak lagi. Mari rebut majalah Nur di pasaran sekarang!