Coretan kisah seorang kawan – perempuan, isteri orang – di Facebook beberapa hari lalu teramat menyentuh hati saya.

 

Ya, ini mungkin kisah biasa bagi orang lain. Tetapi dalam mendepani sesuatu yang kita anggap biasa itu, sekali-sekali marilah kita meneliti dan menilainya secara luar biasa. Kadang-kala persepsi ‘biasa’ membutakan mata hati kita kepada suatu perkara yang sebenarnya sangat istimewa.

Cuba lihat isteri kita, terutama yang bekerja, apakah mereka manusia luar biasa dijadikan tanpa perasaan letih? Tentunya tidak, bukan? Mereka juga manusia biasa, tahu letih, tahu penat, tahu sakit...seperti kita sendiri juga.

Namun, pernahkah mereka merungut keletihan? Mungkin ada tetapi tidak seberapa. Pastinya rungutan itu sekadar ekspresi spontan. Kebanyakan isteri, saya yakin tidaklah sampai bertindak mogok.

Itulah sebenarnya menjadikan mereka insan yang sangat luar biasa. Bayangkan sahaja kalau kita di tempat mereka, atau diterjemah daripada kata-kata orang salih, letak diri kita di dalam kasut mereka! Apa yang kita rasa? Berapa hari agaknya kita mampu bertahan?

 

Baca cerita selanjutnya di dalam majalah NUR edisi Oktober 2014, kolum Kopi ‘O’ Kaw hasil coretan penulis terkenal, Muhamad Mat Yakim. nur