Today is the day! Meskipun baru hari pertama jualan pra-ramadan berlangsung, setiap peniaga kelihatan bersemangat apabila pengunjung semakin ramai yang datang membeli. Mana taknya, harga murah dari biasa dan kepelbagaian barangan yang dijual benar-benar 'menggoda' poket anda!

 

Sempat juga mata kami melihat senarai barang yang dijual. Pendek kata, bermula dari makanan sehinggalah busana muslimah semuanya sedap dan cantik belaka.

 

Bukan itu sahaja, rata-rata peniaga yang terlibat semuanya ramah sekali. Pertanyaan anda pasti mendapat layanan terbaik dan jika bernasib baik, harga boleh tawar.

 

Kek Lapis Sarawak, Kek Indulgance, Kek keju Leleh, Kek Lobak, Sherpard Pie, Sambal Kentang Pedas, Tat Keju, Popiah Keju, Bertih Jagung, aneka biskut raya dan banyak lagi antara hidangan mesti beli. Siap boleh rasa lagi tau!

 

Aksesori seperti pin tudung, kerongsang comel, hiasan telefon bimbit, kasut pelbagai reka, alat kosmetik, alat kecantikan dan sebagainya turut boleh didapati.

 

Apa kata kita 'layan' gambar-gambar yang boleh membuatkan anda 'terpaksa' datang ke Hijabi Flea Market hari ini sehingga hari Ahad ini. Pasti tak rugi punya!