Kehidupan wanita masa kini sangat mencabar. Selain bergelut dengan tugasan menjadi ibu, isteri dan pekerja, mereka turut mudah mendapat penyakit-penyakit kronik. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan persekitaran, baka atau faktor pemakanan. Oleh itu, Takaful IKHLAS telah mengambil satu langkah terbaik untuk wanita lebih menghargai kehidupan mereka dengan memperkenalkan IKHLAS Wanita Takaful.

 

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, wanita digalakkan untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16 hingga 50 tahun dengan enam pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup mereka.

 

APA YANG DILINDUNGI IKHLAS WANITA TAKAFUL?

 

1.      Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)

Pelan ini melindungi wanita daripada kanser khusus seperti buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

 

2.      Faedah Kematian & Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD) (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti

 

MENGAPA IKHLAS WANITA TAKAFUL?

 

1. Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuat kuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, iaitu yuran urus niaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urus niaga.

 

2. Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuat kuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

 

3. Faedah Hayat (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.) 
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

 

4. Faedah Kehamilan* (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongenital bayi. * dengan pelan A, B dan E sahaja.

 

5. Faedah Matang (Manfaat Takaful ini tidak dijamin.)
Faedah matang adalah jumlah sumbangan terkumpul (setelah ditolak semua caj-caj) di dalam PIA, dibayar apabila mencapai tarikh matang seperti yang dipersetujui oleh peserta.
 

Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan
16 tahun - 50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had Penyertaan    
-Pelan A & C - RM50,000.00 Had Seumur Hidup.
-Pelan B & D - RM100,000.00 Had Seumur Hidup.
-Pelan E & F - RM25,000.00 Had Seumur Hidup.

Umur Tamat Tempoh Penyertaan

Pilihan untuk menamatkan penyertaan pada umur 50, 55, 60 dan 65 tahun.
Tempoh Perlindungan 
15 - 49 tahun.

 

Oleh itu, buat seluruh wanita. Bersedialah sebelum terlambat kerana anda tidak tahu ketika bila penyakit itu akan hadir. Apabila anda telah mempersiapkan diri dengan perlindungan insurans, maka segala masalah kewangan akan dapat diatasi. Jadi, buatlah pilihan yang tepat agar perkhidmatan yang diberikan memuaskan hati. Pilihlah insurans yang berlandaskan syariat supaya kehidupan anda lebih diberkati.

Sebahagian daripada usaha untuk memberikan nilai tambah yang berterusan kepada para pelanggan, Takaful IKHLAS akan melancarkan produk perlindungan kesihatan wanita yang ditambah baik sedikit masa lagi.  Nantikan kemunculan produk ini pasti ianya akan memberi ketenangan fikiran kepada setiap wanita yang menyertainya. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.takaful-ikhlas.com.my