Bagi wanita yang sudah berumah tangga, anda pasti faham dengan karenah anak-anak yang seakan-akan ‘ketagih’ dengan makanan ringan tidak berkhasiat seperti coklat, keropok dan sebagainya. Kadang kala apabila bershopping barangan dapur, senarai makanan ringan akan melebihi bilangan makanan yang lain. Pernahkah anda terfikir untuk membuat sendiri snek ini untuk mereka? Selain terjamin kandungannya, wang anda juga dapat dijimatkan. Kami mencadangkan  ‘kacang britel’ sebagai snek mudah yang pasti menjadi kesukaan anak-anak anda. Jom lihat…

 

Bagi anda yang masih keliru, ‘kacang britel’ adalah kacang bersalut gula yang dipanggang rangup. Jangan risau mengenai bahan-bahan serta cara penyediaanya. Resepi mudah ini amat mudah sehingga anda tiada alasan untuk tidak melakukannya. Rasanya pula pasti sedap sehingga anda juga mungkin menjadi salah seorang daripada penggemar setianya. Jom, intai resepinya!

 

Bahan-bahan

 

1 Cawan gula putih

½  Cawan light corn syrup

¼  Sudu kecil garam

¼  Cawan air

1  Cawan kacang tanah

2  Sudu besar mentega

1  Sudu kecil serbuk penaik

 

Cara-cara

 

Untuk memudahkan anda, kami kongsikan cara penyediaan ‘kacang britel’ ini melalui video yang kami jumpai dari Youtube.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Youtube: Allrecipes