Pasangan duo ini tampak serasi bila bergandingan. Kedua-duanya memang kepala gila-gila, dan bila berbicara ada sahaja yang mengundang tawa. Heliza helmi dan Syafinaz yunus sahabat baik yang banyak berkongsi perkara yang sama. Bermula dengan jenama busana muslimah hinggalah misi yang serupa, kedua-dua wanita ini mahukan satu anjakan paradigm untuk tahun 2014 dan seterusnya. Ikuti impian mereka seperti apa yang diceritakan kepada majalah Nur.

 

Perancangan Allah tepat -Heliza

 

Setahun yang lalu Heliza Hilmi pernah menghiasi majalah Nur. Tatkala itu, beliau sangat sibuk dengan pelbagai program seni dan juga aktiiti kemanusiaan. Kali ini, kesibukannya berganda dengan kelahiran ‘bayi’ barunya yang menjadi medium dakwah untuk lebih dekat dengan peminatnya.

 

“Idea tercetus daripada kak Awin dan kak Farah (pemilik butik Najjah). Maklumlah kedua-dua wanita gigih ini mahu mengeluarkan produk busana yang lebih elegan. Setelah bertemu Finaz dan saya, kami bersepakat untuk menubuhkan butik yang dinamakan Falah Abiyana, yang bermaksud ‘kejayaan yang pasti’.

 

Menceritakan mengenai fesyen dan pemakaian dirinya yang sentiasa menjadi ikutan, Heliza boleh dilabelkan sebagai ikon generasi muda. Biarpun sentiasa tampil dalam warna hitam untuk acara tidak rasmi, pesona ini sebenarnya menyukai warna-warna lembut dalam setiap padanan.

 

 

Mahu kembali ke Gaza -Finaz

 

Berbeza dengan Heliza, Finaz Yunus yang bertugas sebagai wartwan penyiaran dan pembaca berita televisyen Al-Hijrah digambarkan sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Mempunyai suami dan seorang anak lelaki sudah cukup menjelaskan segala-galanya.

 

“Alhamdulillah, penat bekerja tidak terasa tatkala melihat wajah suami dan anak. Biarpun sibuk dengan tugasan di tempat kerja dan kerap juga bertugas di luar kawasan, kami akan memastikan sekurang-kurangnya akan meluangkan masa bersama beberapa bulan sekali. Biasanya pada tarikh tersebut tiada gangguan dari mana-mana pihak dan kami akan memanfaatkan untuk mengeratkan lagi hubungan.

 

“Membuat liputan di Gaza adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Misi saya seterusnya adalah kembali ke Gaza dalam misi aman Palestin. Seperti yang diketahui, Palestin diibaratkan gantung tidak bertali. Wilayahnya mencatatkan penangguran yang tinggi, tetapi ajaibnya kadar kelahiran juga meningkat dari tahun ke tahun.

 

“Biarkan bergolak, dengan bom di banyak tempat namun roh mereka sangat berbeza. Berjuang mencari syahid antara inti pati kehidupan mereka. Namun, dengan sekatan daripada Mesir dan Israel segala-galanya menjadi semakin sukar. Kehidupan mereka semakin perit kerana bantuan dihantar tetapi tersekat.

 

“Begitu juga dengan Syria. Kezaliman Basyar Al-Assad haruslah ditentang dengan adanya sedikit bantuan dari rakyat Malaysia, moga-moga dapat menbantu rakyat Syria yang menderita di sana,” jelasnya lagi yang memang suka mencari berita di tempat yang berkonflik. Apatah lagi jika dapat menyertai misi kemanusiaan di Timur Tengah.

 

MENARIK BULAN INI

Nur bulan ini kembali dengan pelbagai info terkini menarik. Ketahui 68 trend busana muslimah kontemporari, panduan fesyen bentuk tubuh dan warna, ketahui sambungan cerita Heliza dan Finaz yang obses dengan kerja amal dan paling menarik menangi 40 helai tudung sarung anggun, 22 set kolagen Bellavita dan 80 baucar telekung Mia Mikhail. Semuanya ada dalam Nur keluaran Februari 2014.