Situasi kali ini sememangnya memberi cabaran. Ini kerana sebelum berlangsungnya penggambaran, covergirl asal terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mujur ada Bella Yunus yang sudi menjadi covergirl untuk kali ini. Inilah tugas kami yang sememangnya akan sentiasa berdepan dengan apa sahaja cabaran yang tidak terjangka. Ada kalanya kita memang merancang namun Allah swt jualah yang menentukannya. Namun, gadis yang baru berkecimpung di dalam bidang pengacaraan ini sangat mudah memberikan kerjasama. Apa jua penataan gaya yang diinginkan, diberikan dengan penuh sempurna olehnya. Ikuti bual bicara wartawan Noraznina bersama pengacara kecil molek ini. - m/s 10

 

IMEJ MUSLIMAH: Pakaian Temu Duga

Acap kali bila dipanggil temu duga, persoalan pokok ialah apakah pakaian yang sesuai untuk menawan barisan panel dalam temu duga tersebut? Lihat di sekeliling kita apabila menjejak kaki di dalam pejabat kerajaan atau bank bila berurusan. Pasti kita akan melihat kumpulan pekerja yang berpakaian seragam dan yang berpakaian santai iaitu mengikut cita rasa mereka. - m/s 58

 

RAPI DIRI: Ketahui Saiz Coli Yang Tepat

Sejak zaman berzaman kita sudah diajar oleh ibu atau kakak tentang cara pemakaian baju dalam. Cara biasa yang digunakan mereka ialah dengan mencangkuk di bahagian depan kemudian barulah dipusing ke hadapan. Tetapi adakah anda tahu bahwa cara itu salah? Ikuti teknik pemakaian baju dalam yang betul bersama konsultan dari Avon. - m/s 66

 

SANTAI ANGGUN: Evolusi Bawal

Penggayaan bawal kini tidak terhad dengan hanya dilipat tiga segi, namun dengan inovasi dan kreativiti, gayakan bawal setanding ikatan shawl dengan mengikuti langkah demi langkah ini. - m/s 74

 

MELENTUR BULUH: Formula Anak Pintar

Adi Putera terkenal kerana mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam menyelesaikan pelbagai masalah matematik peringkat sekolah menengah termasuklah algebra, indeks dan trigonometri. Ikuti teknik dan cara untuk mendapatkan anak pintar di dalam artikel ini. -m/s 108

 

SUAMI ISTERI: Suamiku, Buang Ego Mu!

Mengemas rumah, menukar lampin atau membuat susu, mengapa masih ada segelintir suami yang liat benar untuk membantu. Walaupun disedari lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi, tetapi sikap ini seharusnya dikurangkan atau dikikis demi keharmonian rumah tangga. Jika isteri boleh sama membantu menyumbang salam ekonomi, apa salahnya kalai si suami turut saling membantu menguruskan rumah tangga. - m/s 110

 

MENARIK BULAN INI

Antara kandungan menarik 70++ mainan warna busana & hijab, Falsafah di sebalik 'tong sampah', Musliah multi tasking: benarkah kerana kebendaan?, Suamiku buang egomu, Tip kerjaya: bagaimana kritik yang berhemah dan banyak lagi. Jangan lupa sertai peraduan dan promosi untuk memenangi 4 baucar penginapan di Hotel De Art, Shah Alam, 40 helai tudung Hijabs by Hanami dan 33 helai telekung Medina. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah NUR keluaran April 2014!