Keletah dan senyuman lucu Aisy putera sulung Ayu Raudhah bukan sahaja membahagiakan ibu ayahnya tetapi turut melimpahkan suasana kebahagiaan buat krew seisi studio. Suara-suara mengacah, menyakat, memujuk agar Aisy memberikan aksi paling comel ternyata tidak sia-sia bila si manja kesayangan Ayu jelas mewarisi bakat ibunya. Bijak bergaya dengan rambut terpacak comel, Aisy mewarisi ketampanan bapanya Zaquan dan sepasang mata memikat warisan kejelitaan daripada ibunya, Ayu.

 

COVER STORY: Cinta & Pengorbanan Ibu Bawa ke Syurga

Ketika hadir ke studio usia kandungan Ayu sudah pun memasuki usia tujuh bulan. Raut wajahnya jelas terpancar seri kejelitaan dan aura keibuan yang penuh kelembutan. Tiada tanda-tanda sembap dan hidung atau muka membulat yang biasanya dialami segelintir ibu lain yang berada di tahap sarat kehamilan. Pelakon dan juga adik kepada artis Rozita Che Wan ini mengakui dia dan suami sungguh teruja dengan kehamilan kali ini dna tidak sabar menyambutnya. -m/s 11

 

SANTUN ANGGUN: Stail Anggun Mempesona

Rekaan hijab era moden ini menyaksikan evolusi yang boleh dibanggakan. Bermula dengan sehelai hijab, ia kemudiannya divariasikan dengan penambahbaikan khusus untuk memudahkan muslimah bergaya. Tidak hanya 'inner neck', kini 'inner' yang dijahit dengan shawl memberi gaya sempurna buat penampilan anda. Lebih mudah dan dalam masa sama tetap menawan. -m/s 86

 

MELENTUR BULUH: Melahirkan Si Kembar Satu Anugerah

Siapa yang tidak gembira apabila dianugerahkan sepasang anak kembar. Pasti sudah terbayang di minda untuk membelikan pakaian dan menggayakan kasut yang sama, juga memikirkan betapa indahnya melihat anak-anak membesar bersama-sama. Namun, dalam keterujaan menantikan kelahiran, adalah lebih baik jika anda membuat persiapan awal untuk menyediakan segala keperluan penjagaan bagi menyambut kelahiran bayi kembar anda. -m/s 110

 

Antara kandungan menarik yang lain adalah "Jangan malu tutup aurat: Bukan penghalang kerjaya anda", "Aduhai isteri Fahami jiwa lelaki", "Supermama! Sempurna kerjaya dan rumahtangga", "100 citra hebat busana muslimah", "Jom menabung bersama RM5 dan RM20" dan banyak lagi. Jangan lupa sertai peraduan 40 helai tudung Benang Hijau, 60 helai tudung Carsella Casisi, 20 hamper produk Giffarine dan 47 produk Belyvya shaping cream. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah NUR keluaran Mei 2014!