Ada kalanya kita melakukan sesuatu perkara, namun ia gagal di tengah jalan. Ketika berulang kali melakukannya, nasib masih tidak menyebelahi kita. Ya benar, setiap orang memiliki ‘luck’ atau tuah yang berbeza. Jika merasakan diri tidak bertuah, itu bukan alasan untuk anda berhenti separuh jalan, ayuh teruskan usaha agar anda akan merasai kemanisannya apabila sudah gagal berkali-kali!

 

1-Fikirlah secara 360 darjah. Anda akan merasakan anda adalah orang yang sangat beruntung kerana diberikan oleh Allah peluang merasai keperitan berjuang dalam hidup. Setiap orang juga mempunyai perjuangan hidup yang berbeza dan tahap perjuangan juga berbeza. Ada yang perjuangannya dikuatkan dengan jalan yang lurus dan tidak kurang juga ada perjuangannya diuji dengan jalan yang begitu sempit dan berliku-liku. Tetapi matlamatnya semua sama iaitu mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.

 

2- Orang yang berjaya adalah orang yang berkali-kali kecewa, kecundang dan patah harapan. Tetapi mereka bangun semula kerana tahu apa yang ingin dilakukan dan nampak apa yang mereka akan dapat.

 

3-Bagi orang yang tidak pernah kecewa dan tidak pernah kecundang adalah orang yang sukar untuk mengecap kejayaan kerana mereka tidak merasa perit jerih dalam melaksanakan sesuatu. Jika mereka berjaya, mereka sukar untuk menghadapi kekecewaan.

 

4-Kesenangan tidak datang dengan mudah dan kemiskinan juga tidak sesusah itu. Jangan putus asa dan putus usaha dengan mudah, anggap kesusahan sebagai jambatan untuk menggapai kejayaan.

 

5-Jangan dekati kecewa kerana Allah tidak pernah menduga kita tetapi kita yang lupa akan nikmatnya.

 

6-Kita tidak seharusnya mengalah sebelum Allah makbulkan doa kita. Selain usaha, bertadah tangan dan melutut pada-Nya adalah cara untuk kita menginginkan apa yang di angankan.

 

7-Apabila masalah yang dihadapi menekan dengan tak sudah, hidup ini menjadi terlalu susah. Jika perlu, berehatlah seketika, tetapi jangan anda mengalah. Hidup ini aneh bagai putaran dan belitan, sebagaimana setiap orang mendapat pengajaran.

 

8-Jangan putus asa jika lambatnya giliran anda, kerana anda akan berjaya dengan satu lagi kesempatan. Selalunya arah tujuan terlalu dekat, kepada yang lemah dan yang tergugat.

 

9-Selalunya yang berusaha, berhenti sekerat, bila kesempatan itu patut dicapai. Kejayaan adalah kegagalan yang dipusing-pusingkan, ibarat ia mungkin dekat bila dilihat jauh. Jadi teruskanlah perjuangan, walau bertambah buruk, jangan anda mengalah dan dikalahkan.

 

10-Kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tatkala sesuatu perkara itu menghampiri dan menghempas pada diri kita. Memang benar, kita menjadi takut dan hilang arah. Namun apalah yang ada pada kita, jika kita tidak mampu menghadapi saat-saat kesusahan dan kesulitan itu?

 

11-Saat diduga ada kalanya kita rasa tidak mampu menghadapinya, sering mengeluh dan menyalahkan mengapa semua ini berlaku. Ingat satu perkara, setiap perjalanan kita tidak sama dengan orang lain. Kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan dan percaya yakin dengan kemampuan kita.

 

12-Kita sering mahukan hari yang cerah tetapi Allah mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering inginkan kejayaan, jauh sekali kegagalan tetapi Allah lebih mengetahui sebenarnya kesusahan dan kegagalan itu mengejar erti kehidupan.

 

13-Ingatlah setiap apa yang Allah turunkan bukanlah untuk menghukum kita, tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah agar kita lebih tabah dan untuk kita lebih kenal apa erti kesabaran.

 

14-Ingatlah, kejayaan tidak dicapai dengan mudah. Ada harga yang perlu dibayar untuk mencapainya. Hanya orang-orang yang tabah, cekal dan berani akan sanggup menghadapi susah payah mengharungi jalan menuju kejayaan.

 

15-Apa yang anda perlu tahu, berjaya adalah situasi di mana anda telah sampai pada tujuan yang diingini. Pelbagai cara untuk meraih kejayaan kerana kita sebagai manusia dituntut supaya selalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

 

16-Nikmatilah segala pahit maung dalam menuju kejayaan kerana di hujungnya anda akan merasa manisnya. Anda berhak merasai kemanisan itu selepas mengharungi dan menelan segala pahitnya! nur