Nilai budi bahasa dan sopan santun kini semakin menipis di kalangan pekerja. Mudah untuk melemparkan senyuman juga semakin sukar kini. Mungkin juga faktor mengejar masa, kesibukan, pangkat mempengaruhi tingkah laku dan nilai murni yang seharusnya ada pada diri seorang muslimah berkerjaya.

 

Mari kita amalkan adab-adab ini ketika berada di tempat kerja:

 

1-Mulakan salam dan sapalah pekerja dan rakan di tempat kerja yang mungkin bertembung ketika anda melangkah masuk ke pejabat, tanpa mengira apa pangkatnya.

2-Ketua, pekerja dan rakan sejawat yang baik tidak akan lupa untuk beradap bila bekerja. Ingatlah untuk mengucapkan “minta tolong” dan “terima kasih”.

3-Selalu tunjukkan penghargaan dengan senyuman.

4-Berbual ringan atau bertegur sapa rakan sepejabat penting untuk melahirkan jalinan ukhwah dan kemesraan, walaupun topiknya sekadar mengenai cuaca atau keadaan trafik.

5-Berhemahlah apabila anda memerlukan bantuan peon, pemandu, kerani waima budak pejabat sekalipun. Usah gunakan kata-kata yang kasar dan sombong.

6-Jangan bercakap dengan kuat apabila berbual melalui telefon juga ketika berbual dengan rakan sekerja. Gunakan nada suara sederhana dan jelas.

7-Ambil arahan dan tenang dan berikan arahan dengan sebaiknya.

8-Raikan temandan rakan sepejabatmu. Ucapan hari lahir, tahniah atau kata-kata penghargaan kepada orang lain pada hari istimewa mereka penting untuk meningkatkan kemesraan.

9-Selalulah bertimbang rasa. Orang terakhir meninggalkan pejabat tidak perlulah terpaksa menutup segala suis lampu, penyaman udara dan komputer. Sebagai pekerja, anda bertanggungjawab menjaga dan menyayangi harta sepejabat seperti harta anda sendiri kerana anda sendiri yang menggunakannya. nur