Semalam, sejarah sekali lagi tercipta apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat Kompleks Kumpulan Media Karangkraf dengan diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

 

Keberangkatan baginda adalah bagi merasmikan Al-Quran terbitan Karya Bestari.

 

Baginda ditemani Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Datuk Hussamudin Yaacub dan Timbalan Pengerusi KMK iaitu Mohd Nasir Hamzah sepanjang lawatan tersebut.

 

Seramai 1,500 warga kerja dan jemputan khas termasuk 40 persatuan Anak-anak Kelantan turut berkumpul untuk mengambil peluang melihat Baginda secara lebih dekat di samping memeriahkan suasana.