Khas buat anda yang berada di semenanjung, pernahkah anda merasa keenakkan serta keunikkan makanan Borneo? Jika belum, apa kata ambil peluang ini untuk merasai sendiri sajian enak daripada Borneo ini. Ha, tidak perlu jauh-jauh! Restoran Royale Songket, Hotel Grand BlueWave Shah Alam di sepanjang November ini menjemput anda merasai aura tarikan kelazatan asli sajian Borneo. Kalau nak tahu bagimana unik dan lazatnya makanan ini, kenalah cuba sendiri..

 

Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei merupakan destinasi yang kaya dengan keunikan budaya, warisan serta hidangan makanan yang pelbagai bersama cita rasa menyelerakan. Keistimewaan yang dibawa kali ini adalah cara penyediaan makanan tradisional chef-chef hebat daripada gabungan bahan-bahan semulajadi tumbuhan yang menghasilkan rasa rempah asli yang tidak dapat anda temui dalam masakan lain.

 

Ambuyat adalah antara makanan ruji masyarakat Borneo terutama bagi kaum Murut serta Kadazan Dusun. Masakan istimewa ini dihasilkan daripada sagu yang direneh sehingga menjadi likat. Menurut Chef Abdul Rashid Mohd Yusop, Ambuyat sesuai dimakan bersama ulam-ulaman, sambal belacan serta beberapa lagi gabungan makanan tradisional lain. Ini adalah antara makanan tarikan utama buat tetamu yang hadir.

 

Selain Ambuyat, sajian yang mesti dicuba anda adalah Piranas Sada iaitu pekasam, dan Ikan Ampap yang dimasak dengan cara unik tradisional masyarakat Borneo.

 

Terdapat banyak lagi menu lain yang popular seperti aneka Hivana, Pinongot Kampungan, Kambusi, Sup Manuk “Om Hiing”, Manuk Dusun, Udang Masak Lemak Kapayas, Sapi Goreng Kunyit, Maasim Maanghang Posit, Keropok Sayur Bayam, Asam Keladi Tumis Waig Keningau, Nasi Lapola Maluku dan macam-macam lagi.

 

Ha, bagi yang sudah merancang untuk ke sini, sajian tersedia bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat pada kadar harga cuma RM 75++ seorang bagi dewasa serta RM 37.50++ untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun. Ada juga tawaran diskaun buat warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pada kadar harga RM 55.00++ seorang.Selamat mencuba!