Ramadan Al-Mubarak bakal menjengah tidak lama lagi. Semoga kita terus diberikan usia yang panjang dan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah sepanjang bulan penuh keberkatan ini. Oleh itu, MIDI ingin mengajak anda semua untuk sama-sama mempersiapkan diri bagi menerima kedatangan bulan yang penuh kemuliaan ini.

 

Sertai kami dalam program ‘Road To Ramadan’ yang bakal dianjurkan pada 8 Jun 2014 ini. Program yang memasuki tahun ketiga penganjuran ini, meletakkan aspek kerohanian dan kesihatan sebagai pengisian utama. 

 

Menjadi satu kerugian andai kehadiran AL FADHIL USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ (UKE) tidak anda sertai. Perkongsian secara santai beliau nanti mengenai penghayatan ibadah ini, pastinya menjadi ‘buah tangan’ teristimewa buat kita menjelangnya Ramadan 1435H. 

 

Jadi, apa tunggu lagi? Sertai kami segera kerana tempat adalah terhad! Tempahan segera akan membolehkan temu janji anda dengan program ini berlangsung dengan jayanya. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Mei 2014.

 

Untuk keterangan lanjut, hubungi team MIDI di talian 03-5101 7391 (Nurul Azwa), 7367 (Hasliza/ Norasida), 7368 (Ruzian) atau 7361 (Siti Mariam/Rosmah Idayu).