Anda berminat untuk menjadi penghias kulit Majalah Nur? Inilah peluang anda untuk menggapai impian anda itu. Pencarian Ikon Nur kini bermula. Dapatkan borang penyertaan dalam Majalah Nur edisi Julai 2014 yang kini sudahpun berada di pasaran. Hanya penyertaan yang menggunakan borang asli sahaja akan diterima. Syarat dan kriteria penyertaan adalah seperti di bawah.

SYARAT PENYERTAAN :
• Menggunakan borang asal yang boleh didapati di dalam majalah.
• Boleh mencalonkan diri sendiri atau dicalonkan oleh pihak majikan dan rakan-rakan.
• Penyertaan hanya di terima melalui POS SAHAJA berserta gambar ukuran 4R (Full shot & mug shot).
• Sebarang penyertaan melalui e-mel, borang fotostat dan FB tidak akan dilayan.

KRITERIA PESERTA :
• Wanita bertudung.
• Berpersonaliti menarik dan fotogenik.
• Berusia antara 25 hingga 35 tahun.
• Pendidikan: Sekurang-kurangnya SPM.
• Para peserta boleh dicalonkan daripada sektor kerajaan, swasta, usahawan online, badan NGO, bidang Akademik dan blogger.
• Mempunyai latar belakang kerjaya yang menarik dan pernah menerima sebarang anugerah amat dialu-alukan.
• Boleh bergaya dan bercakap di hadapan khalayak ramai.

HANTARKAN BORANG KEPADA :
Pencarian Cover Girl Nur 2015
Majalah Nur
Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd
No 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam

LANGGAN Majalah Nur sekarang di sini. [ KLIK ]