Anda berminat untuk menjadi penghias kulit Majalah Nur? Inilah peluang anda untuk menggapai impian anda itu.

 

Sesi 'Testshot' akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh: 12 Oktober 2014 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi: Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

 

SYARAT PENYERTAAN :

• Setiap peserta perlu membawa borang asal Pencarian Ikon Nur yang boleh didapati di dalam majalah Nur.

 

KRITERIA PESERTA :

• Wanita bertudung.

• Berpersonaliti menarik dan fotogenik.

• Berusia antara 25 hingga 35 tahun.

• Mempunyai latar belakang kerjaya yang menarik dan pernah menerima sebarang anugerah amat dialu-alukan.

• Boleh bergaya dan bercakap di hadapan khalayak ramai.

               

Pastikan anda hadir. Inilah masanya untuk serlahkan aura & personaliti dirimu! nur