Wall’s Paddle Pop dan LEGOLAND Malaysia Resort telah disenaraikan di dalam Buku Rekod Malaysia setelah berjaya memecahkan rekod untuk  “Himpunan Lukisan Terbesar oleh Kanak-Kanak”.  Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia,  Paddle Pop dan LEGOLAND Malaysia Resort mengundang 725 kanak-kanak dari pelbagai rumah anak yatim dan tadika di Johor serta tetamu kanak-kanak dari LEGOLAND Malaysia Resort untuk “mewarnakan” ikrar menandakan bahawa mereka mahu melakukan pelbagai perkara menyeronokkan sebagai kanak-kanak.

 

Semua jubin yang mempunyai cetakan tangan setiap kanak-kanak tersebut dihimpunkan untuk memecahkan rekod himpunan lukisan terbesar yang berukuran 12.27 meter kali 7.53 meter (40.26 kaki kali 24.7 kaki). Catatan ini memecahkan rekod terdahulu iaitu 9.75 meter kali 5.48 meter (32 kaki kali 18 kaki).

 

“Saya sangat gembira apabila Wall’s Paddle Pop dan LEGOLAND Malaysia Resort telah memecahkan Buku Rekod Malaysia bersama kanak-kanak ini sambil menyebarkan kesedaran mengenai “Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak”.

 

Pemecahan rekod turut menjadi simbol ‘ikrar’ oleh kanak-kanak itu sendiri tentang keinginan mereka untuk menikmati waktu sedang ingin membesar dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. ‘Ikrar’ yang mereka berikan adalah selari dengan teras dan tunjang kepercayaan oleh jenama Paddle Pop iaitu “Biar Kanak-Kanak menjadi Kanak-kanak,” kata Shawn Tan, Ketua Kategori Wall’s Ice Cream, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

 

Sepanjang aktiviti Hari Kanak-kanak Sedunia itu, lebih daripada 400 kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah anak yatim di Johor menikmati pengalaman taman tema yang menyeronokkan di LEGOLAND® Malaysia Resort - NUR