Tudung sequin, jubah sequin, blaus sequin dan pelbagai lagi. Segalanya tentang renda sequin yang menjadi pilihan paling top bagi pereka-pereka fesyen dan tukang jahit untuk menghasilkan produk mereka pada tahun 2014 ini.

Renda dengan manik-manik halus berbentuk bulat dan segiempat tepat, berkilau-kilauan bak permata dan tampak mewah memang ideal dijadikan penghias gaya. Selain harganya yang tidak terlalu mahal, ia mempunyai pelbagai pilihan warna.

Fenomena sequin dapat dilihat dengan lambakan produk di pasaran kini semuanya dihasilkan dengan kombinasi sequin. Contoh, tudung dengan sempadan sequin dan jubah dengan perincian sequin pada hujung pergelangan tangan.

Untuk tampil sederhana sebagai wanita anggun, sopan dan bergaya, seharusnya pilih baju atau tudung yang tidak terlalu sarat dengan sequin. Cukuplah ala kadar sahaja. Anda pasti tampak elegan! nur