Menggabungkan warna biru adalah cara yang pasti membuatkan anda nampak lebih muda, lebih cantik, segar dan tidak kurang femininnya. Warna ini sering menjadi pilihan kebanyakkan keluarga kerana dipercayai mampu memberikan keselesaan, ketenangan dan redup mata memandang. Memandangkan biru sentiasa segar buat si pemakai, ia pilihan yang juga sesuai untuk ke pejabat.

 

Kombinasi warna lembut biru pada kemeja dipadankan dengan jeans atau denim bermotifkan flora dilihat mampu memberikan effect lebih sofistikated kepada anda. Gaya segar biru ini pasti akan membuatkan anda berasa lebih bersemangat untuk ke pejabat setiap hari.

 

Jika anda sudah menggunakan warna biru bertona gelap pada bahagian top, pastikan di bahagian lain mempunyai tona yang lebih lembut. Gayakan juga dengan tona berbeza seperti kelabu ataupun putih agar anda tidak kelihatan kelam dengan warna biru sahaja.

 

Nantikan lebih banyak penggayaan fesyen terkini untuk anda pembaca setia NUR.