Warna amat penting dalam kehidupan kita. Warna pada pakaian dan tudung sangat penting dalam menghasilkan sesuatu suasana atau mood. Sekali sekala menggayakan warna bertona lembut dan warna tanah  bermotifkan floral dalam pemakaian ke pejabat pasti akan membawa aura penampilan lebih natural dan bersederhana.

 

Pemilihan warna haruslah seimbang agar dapat membentuk satu kesinambungan nada warna daripada kepala ke badan hinggalah ke hujung kaki dan kasut. Jika anda ingin mengenakan gabungan warna pastel lembut, pastikan ada terdapat satu warna kuat agar seluruh penampilan anda tidak terlihat kelam.

 

Gaya kali ini, memperlihatkan penampilan wanita bekerjaya yang elegan dengan fesyen bertona lembut dan natural yang pasti sesuai dengan imej muslimah masa kini. Pemilihan seluar bermotif floral akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dari usia. Digabungkan dengan penggunaan warna bertona kuat seperti coklat pada beg tangan serta kasut mampu menjadikan imej anda lebih elegan dan matang.-NUR