Monokrom ataupun gabungan warna hitam putih merupakan salah satu trend yang ‘tidak lapuk dek zaman’. Gabungan kedua-dua warna spektrum yang bertentangan palet warna ditambah dengan seluar berjalur mampu membuat anda tampil lebih bergaya disamping memberi ilusi kaki tampak lebih panjang.

 

Sedar atau tidak, kehadiran warna merah pada keseluruhan pakaian berona hitam mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai. Hal ini kerana merah juga dilihat sebagai warna ekstrim dan berani. Namun, elakkan dari memakai keseluruhan warna merah pada pakaian kerana ia akan kelihatan berat dan mungkin kepada sesetengah orang, ia menyakitkan pandangan mata.

 

Gabungan warna merah hitam juga dikatakan mampu menghasilkan kesan ramping pada si pemakai, namun ia bergantung kepada jenis dan corak pada pakaian tersebut. Pastinya wanita akan tampak lebih anggun dan bergaya dengan dua gabungan warna ini.-NUR