Bagi anda yang gemarkan gabungan warna pada pemakaian harian, apa kata kali ini anda cuba gabungan warna biru dan kelabu pada keseluruhan penampilan. Gabungan dua tona warna ini dilihat mampu memberikan gaya sofistikated buat wanita yang bekerjaya khususnya.

 

Pilihan gaya fesyen Nur kali ini adalah blaus biru gelap yang dipadankan dengan seluar bertona kelabu lembut, diapitkan juga bersama padanan tas tangan yang menggabungkan warna –warna bertona eksklusif biru kelabu.  

 

Ha, siapa tahu, mungkin dengan cuaca panas sekarang ini, pakaian bertona sejuk seperti biru  mampu memberikan ilusi rasa sejuk pada pandangan orang lain yang memandang.  Selain kelabu, biru juga ‘cocok’ untuk dipadankan dengan warna-warna lembut seperti putih dan merah jambu.  

 

Warna bertona lembut adalah warna yang mudah untuk digabungkan kerana tidak terlampau menonjol. Namun jika tersalah gabungan, ia mungkin akan mencacatkan penampilan anda. Cuba minta pendapat orang di sekeliling mengenai gabungan warna pilihan anda agar anda lebih yakin.

 

Ha, yang sebenarnya, ramai fashionista telah banyak menggunakan gabungan warna biru kelabu ini. Jika dilihat, rekaan kasut serta beg tangan daripada jenama terkenal seperti ‘Guess’, ‘Gucci’, ‘Prada’ dan banyak lagi telah lama bereksperimentasi dengan dua warna ini pada produk mereka.

 

Pastikan anda juga tidak ketinggalan untuk memiliki koleksi pakaian gabungan dua warna ini ya. Nantikan lebih banyak cetusan  fesyen harian anda daripada kami. - NUR