Sesekali, menggayakan fesyen yang ‘simple’ sudah cukup untuk menjadikan penampilan anda lebih istimewa daripada yang lain. Justeru, gabungan warna merah dan peach yang menjadi pilihan NUR pada kali ini, pasti dapat membawa aura santai dan lembut buat si pemakai. Gayakan ia ke pejabat atau juga ke majlis tidak formal, anda bakal menjadi tarikan siapa yang melihat.  

 

Penampilan yang lebih ceria, muda dan juga tampak lebih feminim pastinya menjadi dambaan setiap  golongan wanita. Gabungan yang digunakan kali ini lebih kepada tona warna yang tidak terlalu terang juga tidak terlalu lembut.

 

Seluar bermotif flora yang dipilih kali ini mampu memberi suntikkan elemen semulajadi pada penampilan anda. Agar pakaian tidak berserabut, elakkan daripada memakai baju bercorak. Pilih padanan aksesori yang tidak terlampau berat kerana ia akan mencacatkan penamilan keseluruhan anda.

 

Nantikan lebih cetusan fesyen harian anda daripada kami.-NUR