• Dunia fesyen ibarat dimensi yang tiada lagi sempadan. Setiap masa ada sahaja paten terkini yang muncul di pentas penggayaan, termasuklah fesyen muslimah. Namun usah menjadi mangsa fesyen. Sebagai seorang wanita Islam yang didasari dengan hukum syariat, biarlah pemilihan fesyen itu bertepatan dengan garis panduan yang dibenarkan.
  • Dari fesyen barat sehinggalah ke Asia, sequin menjadi trend untuk tahun 2014. Apa keistimewaan renda yang berkerlipan ini?
  • Bersolek bukanlah menjadi satu kesalahan. Jika wajah kita tampak kusam, lesu dan pusat, ia boleh merendahkan keyakinan diri. Tambahan pula jika bidang pekerjaan kita memerlukan kita untuk selalu berjumpa dengan ‘client’. Namun, jangan pula kita bersolek keterlaluan. NUR ada tip bagaimana bersolek secara sederhana.
  • Siapa kata orang yang memiliki bentuk badan yang besar/gempal tidak boleh berfesyen. Kenyataan ini ternyata silap kerana fesyen tidak membataskan atau menghadkan pengikutnya asalkan anda seorang yang mengikuti arus fesyen terkini dan bijak memilih fesyen yang sesuai dengan penampilan anda.
  • Sebut saja fesyen seperti 'jumpsuit', mungkin belum ramai lagi mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memakainya. Jika anda khuatir dilabel sebagai fesyen 'Teletubbies', kami boleh beri tip bagaimana anda boleh ber-jumpsuit tetapi masih menutup aurat!
  • Bagi anda yang gemarkan gabungan warna pada pemakaian harian, apa kata kali ini anda cuba gabungan warna biru dan kelabu pada keseluruhan penampilan. Gabungan dua tona warna ini dilihat mampu memberikan gaya sofistikated buat wanita yang bekerjaya khususnya.
  • Sesekali, menggayakan fesyen yang ‘simple’ sudah cukup untuk menjadikan penampilan anda lebih istimewa daripada yang lain. Justeru, gabungan warna merah dan peach yang menjadi pilihan NUR pada kali ini, pasti dapat membawa aura santai dan lembut buat si pemakai. Gayakan ia ke pejabat atau juga ke majlis tidak formal, anda bakal menjadi tarikan siapa yang melihat.
  • Warna amat penting dalam kehidupan kita. Warna pada pakaian dan tudung sangat penting dalam menghasilkan sesuatu suasana atau mood. Sekali sekala menggayakan warna bertona lembut dan warna tanah bermotifkan floral dalam pemakaian ke pejabat pasti akan membawa aura penampilan lebih natural dan bersederhana.
  • Monokrom ataupun gabungan warna hitam putih merupakan salah satu trend yang ‘tidak lapuk dek zaman’. Gabungan kedua-dua warna spektrum yang bertentangan palet warna ditambah dengan seluar berjalur mampu membuat anda tampil lebih bergaya disamping memberi ilusi kaki tampak lebih panjang.
  • Menggabungkan warna biru adalah cara yang pasti membuatkan anda nampak lebih muda, lebih cantik, segar dan lebih feminin. Warna ini sering menjadi pilihan kebanyakkan keluarga kerana warna ini dipercayai mampu memberikan keselesaan, ketenangan dan sedap mata memandang. Memandangkan biru sentiasa segar buat si pemakai, ia pilihan yang tepat untuk dipakai setiap hari.
SENTIASA BERHUBUNG
Majalah Nur versi digital