ETIKA ZIARAH MENZIARAHI

 

1.      Hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk,

2.      Tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu.

3.      Menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi.

4.      Memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

5.      Sebagai tetamu, mestilah berniat baik di atas kunjungannya.

6.      Hendaklah menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama yang bukan Mahram.

7.      Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.

8.      Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang       membuat undangan.

9.      Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu terdapat syubhat dan terdapat aktiviti munkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasik, zalim atau suka membesar diri.

10.  Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.

11.  Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.

12.  Selaku tetamu adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi S.A.W riwayat dari al Barra’ R.A yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah S.W.T sebelum berpisah”. Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam.

13.  Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.

14.  Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan duduk lama ketika berziarah.

15.  Hormat  tuan rumah.

16.  Elakkan dari terus ke meja hidangan. Sebaiknya, carilah Tuan Rumah terlebih dahulu atau kalau kebetulan tidak ada ketika itu (mungkin sibuk di dapur atau melayan tetamu lain).

17.   Bersalamlah dengan para tetamu yang berdekatan ketika itu.

18.  Sementara menunggu arahan Tuan Rumah, ambillah kesempatan untuk berbual-bual mesra dengan para tetamu yang ada.

19.  Kawak suara ketika berbual.

20.  Keseronokan berbual terutama bertemu rakan-rakan juga ada kalanya membuatkan kita tidak sedar bahawa kita mengeluarkan suara yang kuat. Kadang-kadang, ia juga boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai perbualan tersebut berkisar kepada umpatan atau perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati Tuan Rumah atau orang lain.

21.  Keseronokan berbual-bual pasal perkembangan politik tanah air adakalanya agak sensitif bila terdapat orang-orang politik pihak lawan yang hadir ketika itu. Sebaiknya, sebagai tetamu, kita kenalah kawal suara kita dan berbuallah pada perkara-perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama tanpa menimbulkan sesetiviti.

22.  Jaga adab makan. Kesopanan amat penting ketika makan.

23.  Elakkan dari berebut-rebut. Jika perlu beratur, beraturlah mengikut giliran.

24.  Ambillah makanan ketika dipelawa Tuan Rumah.

25.  Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Oleh itu, mengelak dari mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik.

26.  Kadang-kadang, tanpa disedari perbuatan atau tingkah laku kita sepanjang majlis berkenaan diperhatikan orang, apatah lagi jika kita mempunyai kedudukan tertentu dalam masyarakat.

27.  Mempunyai disiplin yang tinggi.

28.  Sebagai tetamu, sebaiknya elakkanlah dari memandang ke sana ke sini. Sekali sekala itu wajar juga. Cuma, pandanglah yang perlu sahaja seperti memandang wajah para tetamu baru yang datang dengan pandangan ikhlas bersama senyuman.

29.  Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik-bisik dengan rakan sebelah kita juga perlu dielakkan. Ia mungkin menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika melibatkan umpatan kepada orang lain.

30.   Hadkan masa, kadang-kadang keseronokan bertemu kawan-kawan lama membuatkan kita tidak sedar bahawa kita telah berada di rumah Tuan Rumah agak lama. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20-30 minit akihrnya berlangsung sehingga 2-3 jam

31.  Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain dari mendapat tempat duduk.

32.  Tuan Rumah mungkin akan merasa tidak selesa apabila “TERPAKSA” berulang-ulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang sewajarnya diberikan kepada tetamu baru.

33.  Bilangan rombongan yang sederhana. Membawa ahli keluarga dan rakan-rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun, kedatangan rombongan kita yang ramai mungkin akan menjadi satu kesulitan kepada Tuan Rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis tersebut tidak diberitahu lebih awal kepada Tuan Rumah. nur