Majalah Nur sekali lagi menganjurkan pertandingan mencungkil personaliti yang mewakili Muslimah Berkerjaya. Ini adalah penganjuran buat kali kelapan.

Bermula dari tempoh bulan Ogos 2014 hingga Julai 2015, seramai 11 orang calon telah melayakkan diri sebagai Finalis Pencarian Ikon Nur. Kriteria yang melayakkan mereka terpilih ialah profesion hebat, pendidikan, skil komunikasi dan juga personaliti yang menarik. Kesemua mereka telah melalui peringkat borang pencarian kemudian disaring melalui test-shot dan sesi temu ramah. Seterusnya editorial Majalah Nur memilih seorang figura yang ideal untuk menjadi penghias wajah bulan tersebut.

Kesebelasan finalis telah mengharungi beberapa program yang dirangka khusus mencabar daya fizikal dan mental mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘Beauty With Brain’ bersama penaja FreshKon pada hari Ahad, 29hb November 2015 dan Cabaran MindaxBreakout di NU Sentral dan aktiviti memviralkan #MalaysiaNgaji dan #NurNgaji di Instagram dan Facebook pada 16 Januari 2016.

Debaran makin terasa Pada 5 Mac 2016 ini pula, para finalis akan melakukan tugasan utama iaitu ujian IQ finalis Ikon Nur. Di dalam acara finale ini, setiap peserta akan memperagakan busana daripada Aspirasi Mawar dan juga rangkaian Modvier bertemakan ‘Muslimah Santai & Korporat’ sebanyak 22 helai.

Kemuncak acara ini, setiap finalis perlu meyakinkan pihak juri mengapa mereka perlu dipilih sebagai Ikon NUR. Lima orang finalis akan dipilih untuk melayakkan diri merebut gelaran IKON NUR 2014/2015.

Mereka akan diuji sekali lagi dengan menjawab soalan-soalan berkenaan #viral & #isusemasa dan akan diadili oleh para juri profesional. Juri yang telah dilantik ialah Farah Hussamudin, Penerbit Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Artis pujaan ramai; Amy Mastura, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain; Personaliti TV dan Puan Mawar Abdul Karim; Pengarah Fareeda Global Resources Sdn. Bhd.  Acara pada petang ini juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis undangan iaitu Nadia Amira Othman AF dan Salma Mentor.

Jom kenali nama dan karier finalis:

Finalis 1 – Syazwin Niza Nasution, 31 – Fisioterapis Kanan
Finalis 2 – Sharifah Husna Syed Mustaffa, 28 – Juruteknologi Makmal Perubatan
Finalis 3 – Suhaili Mohamad, 28 – Eksekutif Komunikasi Korporat & Pemasaran
Finalis 4 – Nur Syuhada Anuar,30 – Jurulatih Kesihatan & Kecergasan
Finalis 5 – Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad, 29 – Doktor Perubatan
Finalis 6 – Nurul Syuhada Razali, 29 – Arkitek
Finalis 7 – Nadirah Zulkhanain, 29 – Peguam
Finalis 8 – Nurizyan Amalina Norman Effendy, 28 – Guru Bahasa Inggeris
Finalis 9 – Nur Syafika Alisa Abdullah, 29 – Jururawat
Finalis 10 – Siti Nurasyikin Mohamad Tamin, 27 – Usahawan
Finalis 11 – Nur Dina Mansor, 28 – Pensyarah & Penyelaras Program

Pemenang Ikon Nur bakal membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,300.00. Tiga lagi kategori ialah MS INTEGRITI-Hadiah keseluruhan bernilai RM4,000.00, MS INTIMACY-Hadiah keseluruhan bernilai RM4,000.00 dan SAGU HATI-Hadiah keseluruhan bernilai RM3,000.00

Buat finalis semua, kami ucapkan selamat berjaya.

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/mur/final%201.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/mur/final%202.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/mur/final%203.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/mur/final%204.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/mur/final%205.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/nur/mur/FINAL%209.jpg