Bersyukurlah jika kita dilahirkan sebagai seorang wanita. Kerana golongan wanita memang cukup istimewa. Wanita boleh melahirkan anak, menjadi ibu dan juga seorang pemimpin. Wanita juga istimewa sehingga adanya ungkapan ‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu’. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh seorang wanita dan banyak juga cara untuk menambah keistimewaan ini.

 

Ini antara kelebihan wanita yang kami kumpulkan daripada hasil pembacaan kami dari beberapa sumber.

  •  Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda:

 

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. "Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang senantiasa menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. dan orang yang takut kepada Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya”.

 

  •  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga buat mereka. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Bahkan semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

 

  • Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh dan 70 orang wali.

 

  • Seorang wanita yang menjaga solat lima waktunya, berpuasa wajib sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat kepada suaminya, maka mereka ini dijanjikan syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya tanpa dihisab.

 

  •  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

 

  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT di akhirat kelak, tetapi Allah SWT akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

 

Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah ‘wanita solehah’. Bagaimana golongan istimewa semua, sudahkah anda  merasakan diri anda cukup special? Maka, janganlah kita persiakan keistimewaan yang telah Allah SWT tetapkan kepada kaum hawa. Berusahalah menjadi wanita solehah dan teristimewa kerana anda sememangnya istimewa.