Pernikahan bukan semata-mata ikatan halal yang membenarkan sebuah perasaan cinta dan kasih sayang, tetapi ia juga adalah tanggungjawab. Ketahui tip ringkas di dalam alam rumah tangga, agar mahligai yang dibina menuju syurga-Nya.

 

1-Perbaiki diri. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh dan isteri yang solehah.

2-Cari sahabat yang boleh membantu kita menjadi isteri yang solehah.

3-Banyakkan membaca buku tentang rumah tangga Muslim.

4-Banyakkan memohon pada Allah dengan penuh pengharapan agar dikurniakan pasangan hidup yang dapat membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.

5-Bila sudah berumah tangga nanti, hendaklah kita bersikap redha dengan ketentuan Allah, dan berlapang dada menerima kelemahan pasangan kita. nur