Jumaat adalah hari yang sangat istimewa buat umat Islam.Ia adalah hari untuk kita melipat gandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu dan sebagainya, bahkan Nabi Muhammad SAW menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah.

 

Dari Abu Hurairah  RadhiAllahu ‘anhu, bahawa dia mendengar Rasulullah  SAW  bersabda:

 

“Kita adalah umat yang terakhir yang wujud d idunia ini dan umat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat,sekalipun mereka lebih dahulu diberikan Al-Kitab daripada kita. Kemudiannya, hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan kepada mereka untuk mendekatkan diri kepada  Allah, tetapi mereka berselisih padanya (tidak mahu menerimanya), lalu Allah memberi petunjuk kepada kita(agar menerima hari tersebut- Jumaat).Hari bagi Yahudi ialahesok, (sabtu) dan bagi nasrani pada hari selepas esok (Ahad).”

 

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku pada hari Jumaat, iaitu:

 

1.       Allah SWT menciptakan Nabi Adam.

2.       Pada hari Jumaat jugalah Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga.

3.       Nabi  Adam diturunkan ke bumi.

4.       Nabi  Adam diwafatkan oleh Allah SWT.

5.       Hari para Malaikat turun ke bumi mencatat nama-nama mereka yang ke masjid menunaikan solat  Jumaat.

6.       Jumaat merupakan hari dimana berlakunya Qiamat.

 

Antara amalan sunat pada hari Jumaat:

1.Bersedekah

IbnuQayyimberkata: 

“Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama disedekah pada bulan Ramadhan disbanding bulan-bulan lainnya.” 

2.Mandi  sunat Jumaat.

3. Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa.

4.Memperbanyakkan selawat atau puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW.

5.Membaca surah Al-Kahfi.  Ganjaran orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah SWT sepanjang minggu itu.

 

Setiap dari kitasememangnya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Itu adalah fitrah  yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun sebagai hamba-Nya kita juga diberi peluang untuk bertaubat akan setiap dosa  yang  pernah kita lakukan.

 

Jadikanlah hari Jumaat, penghulu segala hari  ini sebagai hari penghapus dosa dengan memperbanyakkan amalan kepada  Yang  Maha Esa. Mudah-mudahan kita mendapat  nur dan keampunan daripada-Nya.

 

Firman Allah dalam hadis qudsi di atas:

Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui-Ku dengan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Ku nescaya aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”.