Televisyen, internet, video, disk laser, telefon bimbit tidak boleh disangkal mempunyai nilai-nilai manfaat di dalamnya. Tetapi kemudaratan juga besar dan berbahaya jika tidak dikawal menggunakannya secara tepat. Ketika agama menganjurkan agar anak-anak Muslim memanfaatkan waktu sebaik-baiknya, televisyen sebaliknya mengajak para remaja berfoya-foya dengan waktu dan membuangnya dengan percuma. Ketika agama menganjurkan anak-anak Islam berlaku halus dan santun kepada orang tua dan terhadap masyarakat, video mendidik mereka dengan perilaku yang kasar dan keras.

 

 

Begitu juga ketika agama menganjurkan anak Islam menjauhi tingkah laku yang menjurus kepada

maksiat, internet menawarkan guru peribadi zina setiap saat. Ketika Islam menganjurkan tentang terpujinya perilaku hemat dan menjaga diri, telefon bimbit mendorong anakanak kita menjadi peribadi yang boros dan berfoya-foya.

 

 

Ibu-ibu yang baik adalah mereka yang menyedari bahawa bentuk-bentuk tontonan seperti itu bukan semata sebagai hiburan, tetapi juga menjelma menjadi musuh. Mereka secara perlahan menjajah fikiran dan hati anakanak kita agar menjadi liar dan hidup di luar kendali agama.

 

 

 Ibu-ibu yang bijak adalah mereka yang menyedari bahawa keberadaan kemudahan teknologi tidak lagi sebatas kemudahan pembuka cakerawala dan komunikasi namun sudah menjelma menjadi trainer yang menuntut anak-anak kita menjadi hidup seperti binatang.

 

 

Oleh itu, dari rumah kita masingmasing, marilah kita kendalikan musuh agar kesewenang-wenangan tidak akan terus berleluasa. Dengan satu kesederhanaan kita ciptakan satu suasana persekitaran rumah yang islamik dengan menghidupkan tontonan yang perlu-perlu sahaja.

 

 

Matikanlah televisyen, video, disk laser, dan sebagainya ketika berkumandang suara azan. Ajak anakanak kita secara bersahabat agar mereka dapat menggunakan internet dan telefon bimbit seperlunya sahaja. Inilah di antara sederet tugas kaum ibu yang tidak ringan dalam menghantar keluarga dan buah hatinya terbebas dari jajahan syaitan yang nyatanya merosakkan.-NUR