Melangsungkan majlis perkahwinan yang gah menjadi impian ramai pasangan pengantin. Namun fikirlah sejenak. Adakah penganjuran majlis perkahwinan sebegitu benar-benar di dalam kemampuan anda atau hanya akan mengundang masalah di kemudian hari?

JANGAN PENTING STATUS

Kesilapan masyarakat sekarang ialah mereka terlalu ingin menjaga status sehingga sanggup mengetepikan soal kemampuan yang dimiliki. Maka berbelanjalah mengikut kemampuan. Rancanglah kewangan dan tingkatkan simpanan sebelum menganjurkan majlis.

HIDUPKAN BUDAYA BARU

Bakal pengantin boleh membuat dua pilihan, sama ada ingin meneruskan majlis perkahwinan mengikut amalan masyarakat hari ini, lazimnya keterlaluan atau membentuk budaya baru mengikut kemampuan dan bersederhana. Awas jika membuat pinjaman bank atau menggunakan kad kredit kerana boleh menyebabkan ramai pasangan bergolok bergadai dan berhutang keliling pinggang.

JADI HAMBA BANK

Ramai yang memilih untuk membuat pinjaman bank. Dengan kadar pembiayaan peribadi kini, ramai penghutang kehilangan aliran tunai beberapa ratus Ringgit setiap bulan bagi membayar balik kepada bank.

SEPAKAT ANTARA PASANGAN

Pasangan perlulah sepakat termasuk di antara keluarga sebelum memutuskan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk majlis. Ini bagi mengelak bebanan hutang selepas berkahwin sehingga muncul sikap ungkit-mengungkit dan akhirnya membawa kepada pergaduhan serta perpisahan. nur