Anak-anak perlukan kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu bapa. Bukan itu saja, mereka inginkan penghargaan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya mungkin tanpa sedar telah mengabaikan perasaan mereka. Malah, sikap pemarah ibu dan ayah juga mampu menyebabkan anak menjadi seorang yang pemurung dan mulai suka bersendiri. Ayuh kita kenali tanda-tanda anak menghidapi kemurungan supaya belum terlambat untuk kita membetulkan keadaan.

 

1-Anak kerapa menangis. Tidak boleh berlaku kesilapan atau menegur sikapnya, dia pasti menangis.

 

2-Kerap berasa sedih. Mereka seolah-olah tiada semangat untuk meneruskan kehidupan.

 

3-Kebiasaannya, anak-anak murung tidak boleh diharap bila diminta melakukan sesuatu.

 

4-Hilang minat terhadap sebahagian besar aktiviti dan individu lain.

 

5-Wajah mereka tampak cepat letih, pucat dan kurang bermaya.     

 

6-Anak yang murung dikenal pasti mudah meradang dan mudah tertekan.

 

7-Anak ini selalunya tidak mahu bercampur-gaul dengan rakan-rakan lain. Lebih gemar bersendiri.

 

8-Berubah daripada sudut personaliti, malah prestasi pelajaran juga merosot.

 

9-Sering mendakwa mengalami masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut dan sebagainya.

 

10-Sesetengahnya kurang selera makan, ada sesetengahnya pula menjadi sebaliknya.

 

Sebaik-baiknya setelah menyedari perubahan sikap anak, anda perlu mengambil tindakan pantas. Pertama, dapatkan nasihat secepat mungkin daripada pakar psikologi supaya gejala murung tidak menjadi lebih teruk, berpanjangan dan luar biasa. nur