• Melangsungkan majlis perkahwinan yang gah menjadi impian ramai pasangan pengantin. Namun fikirlah sejenak. Adakah penganjuran majlis perkahwinan sebegitu benar-benar di dalam kemampuan anda atau hanya akan mengundang masalah di kemudian hari?
  • Bagaimana kita boleh mencapai tahap isteri yang solehah dan taat? Hayati apa yang dinyatakan di sini dan renung adakah anda termasuk dalam senarai berikut.
  • Ketika berziarah ke rumah saudara-mara atau jiran tetangga, ada etika yang perlu kita amalkan supaya adab terpelihara.
  • Sebagai muslimah, letakkan keikhlasan sebagai faktor utama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Orang yang ikhlas akan bekerja atas dorongan takwa.
  • Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.
  • Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun setiap daripada dosa itu ada cara untuk menghapusnya. Terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan untuk meleburkannya. Di samping itu, berdoa dan mohonlah kepada Allah S.W.T yang maha pengasih dan penyayang agar setiap dosa itu diampunkan. Apakah amalan-amalan yang boleh menghapuskan dosa?
  • Anak-anak perlukan kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu bapa. Bukan itu saja, mereka inginkan penghargaan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya mungkin tanpa sedar telah mengabaikan perasaan mereka. Malah, sikap pemarah ibu dan ayah juga mampu menyebabkan anak menjadi seorang yang pemurung dan mulai suka bersendiri.
  • Para ibu pasti letih dan tertekan apabila mempunyai anak yang hiperaktif. “Anak saya tak boleh duduk diam walau seminit. Panjat sana, lompat sini, penatnya!” Mungkin begitulah keluhan mereka. Apatah lagi jika ibu yang bekerjaya. Memang tiada rehat dibuatnya.
  • Pernikahan bukan hanya semata-mata ikatan halal yang membenarkan sebuah perasaan sinta dan kasih sayang, tetapi ia juga adalah tanggungjawab. Ketahui tip ringkas di dalam alam rumah tangga, agar mahligai yang dibina menuju syurga-Nya.
  • Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang ibu dan isteri, apatah lagi jika anda merupakan wanita berkerjaya. Ada yang beranggapan dek kerana terlalu berpelajaran tinggi, kerja-kerja asas rumah tangga tak pandai dilaksanakan. Adakah perkara itu benar?
  • Soalan : Saya sedang hamil tiga bulan dan mengalami alahan yang teruk. Saya belum habis menggantikan puasa yang tertinggal pada Ramadan tahun lalu dan nampaknya Ramadan tahun ini juga saya tidak berapa kuat untuk menjalani ibadah puasa kerana bimbang janin yang dikandung. Apakah yang patut saya lakukan?
  • Wanita yang menampakkan perhiasan, bermekap tebal dan menampakkan anggota tubuh untuk menarik perhatian boleh didefinasikan sebagai tabarruj. Ramai wanita mula tertanya-tanya dan kadang-kala lupa apa tabarruj yang telah mereka lakukan. Hendak cantik salah, menjadi hodoh pun kena kutuk juga!
  • Televisyen, internet, video, disk laser, telefon bimbit tidak boleh disangkal mempunyai nilai-nilai manfaat di dalamnya. Tetapi kemudaratan juga besar dan berbahaya jika tidak dikawal menggunakannya secara tepat. Ketika agama menganjurkan agar anak-anak Muslim memanfaatkan waktu sebaik-baiknya ...
  • Allah SWT berfirman: “Wanita (isteri ) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa: 34). Dalam ayat yang ini, disebutkan di antara sifat wanita solehah adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya...
  • Kekerasan atau pengainayaan terhadap anak, telah banyak berlaku. Saban hari media perdana memaparkan kisah-kisah tragik berkaitan penderaan terhadap anak-anak. Sama ada yang dilakukan oleh keluarga kandung, atau pembantu rumah.
  • Pasti selalu terjadi dalam hubungan suami isteri apabila selepas beberapa tahun masa berlalu, perbualan antara anda dengan suami menjadi semakin ringkas. Isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri.
  • Seorang ibu diibaratkan sebagai sebuah sekolah paling awal bagi anaknya. Ibu juga diandaikan sebagai sebuah pusat pendidikan yang mengajar dan mendidik pelbagai ilmu dan kemahiran dalam kehidupan anak-anak dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang.
  • Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah atau yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan jiwa.
  • Salah satu kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya adalah rasa syukur. Nikmat inilah yang akan menggolongkan seseorang itu apakah termasuk manusia yang kufur atau sebaliknya. Untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kita harus memahami prinsip-prinsip berikut.
  • “Wanita adalah pemimpin atas rumah tangga suaminya dan anak suaminya, dan dia akan ditanya tentang mereka.” (HR. Al Bukhari dan Muslim). (Al-Mukminat, hal. 12-14)
  • Kemelut masyarakat yang serba runtuh hari ini, perkahwinan dan institusi rumahtangga memainkan peranan cukup besar dalam mengembalikan keamanan dan kedamaian dalam masyarakat. Semuanya bermula dari rumah!
  • Dalam konflik rumah tangga, sesetengah isteri akan rasa lebih bersalah, kerana jiwanya yang lembut dan sering mengalah. Walaupun kesalahan dan perbalahan itu berpunca dari sikap suami yang terlalu ego dan tidak mahu menerima kelemahan diri.
  • Lihatlah di mana sahaja, begitu banyak berita mengenai kes kezaliman yang tidak sepatutnya berlaku kita dengar. Seperti kejadian di Mesir, rakyatnya dizalimi dengan cara paling tragik dan menyedihkan. Namun, terfikirkah anda, bahawa konflik yang berlaku di Mesir bukan sahaja menguji keimanan buat rakyatnya.
  • Sudah ditakdirkan bertemunya sepasang insan dalam ikatan suami isteri dari jenis yang berbeza, latar belakang yang berbeza, dan karektor yang berbeza. Perbezaan pendapat, dan kekurangan masing-masing hanya boleh dieratkan dengan kesabaran dan persefahaman.
  • Buat julung kalinya NUR, Dara.com & Majalah I bergabung untuk menganjurkan Iftar dan memasak bubur lambuk di Riverstone Eco Resort Ulu Yam pada Sabtu lepas. Majlis yang dianjurkan ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin sekitar Cheras. Aktiviti ini juga mendapat sokongan daripada Pearl Haya sebagai penaja utama, serta disokong oleh Adabi, Alfa Romeo Club Klang Valley (AROCKV) & Kelab Kembara 4x4 Selangor, Shurah, Yeo’s, Volunteers KL dan Arby Bakery.
  • Alhamdulillah kita kini berada di ambang ramadan. Semoga Allah memanjangkan usia, kudrat dan memberi kita kesempatan untuk menunaikan ibadah wajib dalam rukun Islam ini. Berikut merupakan niat berpuasa dan solat tarawih sebagai panduan.
  • Wanita yang lambat berumah tangga sering dipandang negatif. Kemudian hati yang gundah itu pula terikat dengan peribahasa lama, ‘masakan perigi mencari timba’. Kadangkala sebagai wanita, ada perkara yang perlu kita abaikan untuk membawa perubahan. Perigi boleh mencari timba. Asalkan timba yang dicari itu sesuai semua hukum syaraknya.
  • Sedih, berduka, kecewa. Perasaan ini pasti pernah dialami semua orang. Ujian hidup datang dalam pelbagai bentuk dan kita berdoa meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk diri ini. Namun, timbul pula perasaan kecewa apabila doa yang dipohon seperti tidak diterima atau tidak berlaku seperti yang diminta. Di mana silapnya?
  • Bersyukurlah jika kita dilahirkan sebagai seorang wanita. Kerana golongan wanita memang cukup istimewa. Wanita boleh melahirkan anak, menjadi ibu dan juga seorang pemimpin. Wanita juga istimewa sehingga adanya ungkapan ‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu’. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh seorang wanita dan banyak juga cara untuk menambah keistimewaan ini.
  • Sejadah merupakan pelapik yang bersih dari segala kekotoran yang dijadikan alas bagi penganut agama Islam untuk mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Akan tetapi, kita sering digemparkan dengan pelbagai imej tersembunyi yang disorokkan di atas corak sejadah. Jika sekali, mungkin boleh dianggap tidak disengajakan. Tetapi jika ia berulang kali, apa pula fikiran anda?
  • Jumaat adalah hari yang sangat istimewa buat umat Islam.Ia adalah hari untuk kita melipat gandakan ibadahkepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu dan sebagainya, bahkan Nabi Muhammad SAW menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah.
  • Tanggapan perlu mengenali pasangan dengan lebih mendalam, barulah dapat hidup bersama sehati sejiwa sehingga akhirnya sering dijadikan alasan untuk membuktikan bahawa bercinta itu lebih penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Walhal, tanpa tempoh percintaan, tanpa ‘acara berdating’ atau keluar bersama yang panjang sekalipun, boleh membuahkan hasil perkahwinan yang lebih manis. Lebih banyak keseronokan yang boleh dirasai oleh pasangan, dan itu kita namakan bercinta selepas kahwin.
  • LELAKI DAN WANITA DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN. SALING MEMERLUKAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. TIDAK HAIRANLAH APABILA WANITA DIKATAKAN DIJADIKAN DARIPADA TULANG RUSUK LELAKI. RASULULLAH SAW BERSABDA: “AKU BERWASIAT KEPADA KAMU SUPAYA MENJAGA WANITA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KERANA MEREKA DIJADIKAN DARIPADA TULANG RUSUK DAN SEBENGKOKBENGKOK TULANG RUSUK ADALAH DI BAHAGIAN TERATAS. SEKIRANYA KAMU CUBA MELURUSKANNYA, KAMU AKAN MEMATAHKANNYA DAN SEKIRANYA KAMU MEMBIARKANNYA AKAN TERUS BENGKOK SELAMA-LAMANYA. JESTERU, BERPESAN-PESANLAH TENTANG WANITA (DENGAN KEBAIKAN).” -HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
  • “AKU BERJANJI SETIA KEPADA DIRIKU, SETELAH AKU BERJANJI SETIA KEPADA ALLAH UNTUK MENYEDEKAHKAN UMURKU, WAKTUKU, DAN SEMUA YANG AKU MILIKI UNTUK AL-QUDS DAN MASJID AL-AQSA,” ITULAH KATA-KATA SEMANGAT YANG MEMBARA DALAM JIWA SEORANG TOKOH PEJUANG BERNAMA RAED SOLAH YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI SYEIKH AL-AQSA. SEPANJANG USIANYA BELIAU TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF NEGARA YANG DISEBUT ISRAEL. BAGINYA BUMI DAN WILAYAH JAJAHAN PALESTIN ADALAH MILIK SEJATI RAKYAT PALESTIN DAN UMAT ISLAM WALAU DIRAMPAS OLEH TENTERA ISRAEL DAN MASYARAKAT YAHUDI. BELIAU MENYEBUT NEGARA YANG DIDAKWA MILIK ISRAEL ITU SEBAGAI PALESTIN 1948.
  • Memaafkan, bukannya mudah. Bagaimana mungkin kemaafan diberikan begitu sahaja setelah hati disakiti. Namun adakah berdendam dan menyimpan rasa marah itu membahagiakan? Sudah tentu tidak malahan sebaliknya anda rasa lebih sakit dan tidak keruan kerana masih ada perkara yang belum selesai dan menyesakkan jiwa.
  • 25Pintu Pahala SETIAP MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN DOSA. NAMUN SETIAP DARIPADA DOSA ITU ADA CARA UNTUK MENGHAPUSNYA. TERDAPAT BANYAK AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MELEBURKANNYA.
  • IKHLAS. SATU SIKAP YANG MENYENTUH JIWA SESIAPA JUA. TAPI BOLEHKAH IKHLAS DINILAI OLEH MANUSIA , HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MENGETAHUI HATI DAN NIAT HAMBANYA DALAM MELAKUKAN SESUATU.
Majalah Nur Mac 2016
SENTIASA BERHUBUNG
Majalah Nur versi digital