Ramai yang inginkan pakaian seperti bintang filem yang terkenal yang dilihat  di permaidani merah atau di majalah dan pelbagai macam cara untuk menterai acara perkahwinan mereka. Bagi yang belum membuat sebarang persiapan ingin penulis mencadangkan kita ambil sedikit panduan ini. Asas perkahwinan itu biarlah  bermula dengan perkara yang baik iaitu berasaskan sunnah dan hukum Allah.
 
Mulakan kehidupan berumah tangga dengan wawasan Islam yang sebenarnya. Kita orang Melayu punya budaya dan adat resam Melayu dan apa yang boleh diterima pakai dengan ajaran Islam itu  didahulukan. Orang muda memang punya pendirian dan cita rasa sendiri bagaimana majlis itu hendak diatur berdasarkan tema. Tetapi ambil nasihat ringkas ini hari bersejarah biarlah bermula dengan cara betul  berlandaskan agama kaum keluarga meraikannya. 
 
 
 
Songket Jadi Pilihan
Akad nikah dan majlis meraikan pengantin biarlah  bercirikan Islam dengan berpakaian menutup aurat dan majlis mendapat rahmat Allah kerana akad nikah ikatan  kedua mempelai bermula dengan satu permulaan yang baik tiada dosa dan perlakuan syirik di mana ke dua mempelai menjaga adab dan tata susila majlis dengan berbusana Melayu yang sudah sopan dan menutup aurat dengan cukup lengkap. Pilihan kain biarlah songket kain warisan bangsa dan gah untuk pasangan raja  sehari Majlis akad nikah majlis agama biarlah simboliknya dalam persalinan songket atau tenun dalam warna putih gading berbenang perak. Mulakan kehidupan  pasangan suami isteri dengan permulaan yang bersih dengan bertandakan kain putih itu bersih dan suci permulaan kehidupan pasangan kedua mempelai dalam  busana Melayu  baju kurung Johor atau Riau Pahang. 
 
Pengantin perempuan manis lagi ayu dengan ikatan tudung dan selendang labuh  kemas dan ringkas dengan solekan nipis menyerlahkan wajah muda dan kulit yang mulus. Mulakan hari bahagia dengan kebersihan wajah yang bebas daripada bulu mata palsu dan kanta mata sentuh yang bukan warnanya milik kekal. Jangan mulakan hari bahagia dengan muslihat palsu. Gambaran wajah, bulu mata dan warna mata yang bukan milik diri sebenar. Ini satu bentuk penipuan dan adalah baik tampilkan diri dengan warna dan alis mata yang sebenar. Begitu juga dengan badan yang dikorsetkan dengan bentuk yang mengiurkan  bukanlah permulaan yang baik untuk memulakan kehidupan pasangan yang harus dibina atas kejujuran dan  kekuatan diri masing-masing. Jangan mudah terperangkap  dengan budaya perkahwinan bangsa dan agama orang lain?
 
 
Kekalkan Jati Diri
Bina jati diri anak bangsa dan kekalkan imej Melayu dengan cara datuk nenek kita orang Melayu menjalankan  majlis perkahwinan. Bermula dengan adat atau cara kita  seperti memakai inai di jari juga buatlah mengikut caraorang Melayu berinai. Tiada Mahendi atau lakaran lukisan inai. Itu budaya orang India dan apa sahaja lorekan inai di tangan hingga ke pangkal lengan dan ternampak kulit lengan juga membawa kepada terdedahnya aurat bukan cara kita berhias. Memadai inai di jari dan satu bulatan kecil di tapak tangan untuk menandakan hari bahagia dengan  amalan sunnah berinai untuk mengeluarkan penyakit daripada badan.
Dulu majlis perkahwinan orang Melayu bercirikan budaya masyarakat Melayu dengan majlis akad nikah dilakukan di kalangan keluarga sahaja diikuti dengan majlis
membatalkan air sembahyang di bilik pengantin untuk tidak membuat kedua mempelai merasa gugup dan menjaga kesopanan ikatan perkahwinan yang begitu  suci. Tidak perlu dibawa ke tengah majlis atau ditayangkan pengantin kepada semua. Ini majlis keluarga dan sangat peribadi lagi bermakna kepada mereka yang baru diijabkabulkan.
 
Tetapi masa beredar pemodenan bertapak di alam maya maka majlis perkahwinan boleh dirakam seperti sebuah filem pendek. Memang tiada  salah untuk mengikuti perkembangan fesyen dan menongkah arus pemodenan tetapi satu yang harus dipelajari dari barat ialah setiap kali acara pernikahan mereka mesti pengantin perempuan bergaun putih simbolik suci dan masih perawan dan perkahwinan dilakukan di dalam gereja. Peristiwa sejarah ini dirakamkan dari kecil pada semua anak bangsa kristian dan walaupun ada perkahwinan yang aneh dan pelik perkahwinan di dasar laut atau di gunung atau apa sahaja pengantin perempuan tetap dengan gaun putihnya dan kerudung panjangnya.
 
Satu kemestian dalam  majlis perkahwinan mereka ialah pakaian pengantin  mestilah berwarna putih dan harus ada sedikit renda. Biarlah apa sahaja tema majlis perkahwinan barat kita orang Melayu harus berbaliklah kepada kain warisan bangsa. Pakaian pengantin harus menggunakan songket dan tenun yang merupakan kain warisan bangsa. Setiap  pasangan pengantin Melayu harus mengambil iktibar daripada pasangan pengantin kaum India dan Cina di mana mereka akan  menggunakan kain sari dan broked Cina dalam majlis perkahwinan tradisional kaum masing-masing. 
 
 
Pilihan Pakaian Pengapit
Kita orang Melayu harus berpaut pada tradisi dan kekalkan warisan bangsa agar kain songket dan tenun kekal sebagai warisan bangsa Melayu. Berbanggalah  dengan kain songket atau tenun buatan orang Melayu dan pastikan kain ini adalah satu kemestian dalam pemakaian  busana pengantin dalam mempertahankan  seni warisan bangsa Melayu. Begitu juga dengan pakaian pengapit dan pembawa bunga rampai biarlah semua kaum kerabat pengantin tampil berbusana Melayu  untuk merakamkan saat indah dan amat bermakna dalam sejarah hari pernikahan kedua mempelai ini dan keluarga. Sangat sopan melihat gadis manis dan  anak- kanak berbusana Melayu dengan berbaju kurung dan  penggunaan tudung dan selendang menampakkan kesenian dan keindahan busana Melayu itu biarlah menjadi identiti tetap dalam semua perkahwinan Melayu.
 
Biarlah pengapit sehingga pada kanak-kanak mengiring ke dua  pengantin atau pembawa bunga segak dan kemas  dengan baju kurung sedondon berhias manik atau bunga segar dengan penggunaan bunga-bunga Melayu yang segar dan wangi menjadi pilihan untuk hiasan atau taburan dalam majlis orang Melayu. Kekalkan dan kembalikan unsur budaya dan adat Melayu jika ingin membuat perubahan dan biarlah orang Melayu dalam sesuatu upacara dalam majlis perkahwinan keluarga kita biarlah unsur Melayu kekal melalui pakaian tradisional yang sopan tidak melanggar syarak agar kesopanan bangsa terpelihara dengan kain songket dan tenun yang indah digunakan untuk memulakan kehidupan baru sebagai pasangan pengantin baru.