Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kunyit dapat mencegah kita dari pelbagai penyakit selain merupakan salah satu daripada rempah ratus yang dicampurkan dalam masakan kita.

Lazimnya, kunyit digunakan sebagai ramuan bagi perawatan tradisional. Masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar khususnya akan  menggunakan air perahan kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga sebagai petua untuk menyembuhkan bengkak hati. Ada juga yang menggunakan kunyit yang dicampurkan bersama ramuan lain untuk merawat pelbagai penyakit seperti bengkak gusi, sakit dada atau perut, senggugut dan untuk melancarkan peredaran darah.

Melalui kajian kimia pula sebatian kimia dalam kunyit telah membuktikan bahawa ia dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.

Tahukah anda di mana keistimewaan kunyit? Ya, ianya terletak pada warna kuning yang merupakan ekstrak pigmennya yang berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit atau lebih dikenali sebagai curcumin. Ia mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan dari serangan penyakit dan merupakan bahan penyembuh penyakit terbaik dalam dunia perubahan moden dan tradisional.

Selain daripada itu, kunyit juga digunakan dalam menangani masalah kulit muka. Kunyit mampu mencerahkan wajah di samping mengecutkan jewarat.

Petua Menghindari Jerawat :
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran sebati, ratakan ke seluruh muka dan biarkan selama 15 -20 minit. Kemudian basuh muka sehingga bersih.