Kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita. Adakala sikap suka ambil mudah menyebabkan kanser tersebut hanya dapat dikesan setelah ia merebak ke peringkat yang kritikal. Bertindak segera dengan membuat pemeriksaan awal dan ketahui tentang penyakit ini dengan lebih lanjut.

 

 Kanser payudara adalah ketumbuhan malignan (tumor jenis barah) yang terjadi daripada tindakan sel yang berpunca daripada bahagian payudara. Sel-sel barah ini juga mampu membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa dan boleh masuk ke bahagian lain, seperti di otak, paru-paru, dan tulang.

 Penyakit ini tidak mempunyai simptom yang ketara kecuali bengkak, namun tidak sakit.
Kawasan yang mempunyai masalah ketumbuhan itu secara dasarnya tidak akan dapat diketahui sehinggalah individu itu sendiri membuat saringan kesihatan.

Namun, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kanser ini antaranya faktor usia, biasanya wanita yang berusia 40 tahun ke atas, mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser payudara, pernah mengidap kanser pada satu payudara (risiko sebelah lagi akan terkena), datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas 50 tahun), tidak pernah melahirkan anak dan melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

Memandangkan kanser payudara merupakan penyumbang tertinggi kematian terhadap wanita, kaedah penyaringan (screening) merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap wanita. Kaedah penyaringan yang disarankan termasuklah pemeriksaan sendiri payudara (breast self-examination) dan mammografi. Hanya mammografi terbukti mengurangkan kematian akibat barah payudara.

Rawatan bagi penyakit ini bergantung kepada keadaan kanser tersebut, sama ada ianya berada pada tahap awal, pertengahan atau tahap kronik. Jika kita dapat mengesan ketumbuhan itu dari awal, maka proses untuk menjalankan rawatan adalah lebih mudah. nur