Rata-rata wanita mulai sedar akan khasiat susu kambing. Walaupun harganya sedikit mahal daripada susu lembu, namun manfaat yang diberi jauh lebih baik. Malah, Rasulullah SAW sendiri membela dan meminum susu kambing. Kajian juga mendapati susu ini adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu. Hebat, bukan?

Kelebihan Susu Kambing

1- Tidak dijangkiti penyakit kambing gila. (yang ada penyakit lembu gila)
2- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
3- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
4-Kambing betina melahirkan anak dua kali setahun, satu hingga empat  ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
5-Susu kambing lebih mudah di hadam iaitu hanya 20 minit berbanding susu lembu memerlukan dua  jam.

Khasiat Susu Kambing

1-Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh.
2- Bersifat alkali bukan asidik.
3- Sesuai untuk semua peringkat umur, daripada bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
4- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
5- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
6- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan.
7- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
8- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout.
9- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.
10- Memulihkan tenaga batin dan awet muda.
11-Merawat penyakit demam kuning, lemah jantung, darah tinggi, migrain/kerap merasa pening kepala, penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang, batuk kering atau Tibi, penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hepatitis, penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
12- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin. Nur