“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perjalanan karier yang memberangsangkan ini. Selain proses menyusun material untuk pembikinan lagu single, saya juga sibuk sebagai hos program Rasa Halal Antarabangsa, membintangi drama Warkah Cinta dan Kun Fayakun, menjadi ikon Festival Hijab, duta Cool Blog, membintangi iklan Sunsilk, Garnier, memenuhi jemputan media dan rutin terbaru iaitu usrah seminggu sekali.” “Kesibukan ini membuatkan rutin harian saya padat  kerana perlu memenuhi jemputan pelbagai pihak. Namun saya bersyukur kerana mampu memberikan sesuatu yang berguna kepada komuniti. Sebagai hos program  Rasa Halal Antarabangsa, saya berpeluang melawat lima buah negara iaitu Turki, Australia, Korea, Perancis dan London.” “Sememangnya ia pengalaman yang  cukup manis kerana melihat tempat orang dengan cuaca yang berbeza, suasana, budaya serta makanannya yang sungguh menarik. maklumlah setiap negara mempunyai keistimewaan sendiri dan saya pula di bawa merasai makanan mereka yang berbeza.” “resipi di Turki seperti guvej, salad kambing dan gozleme berbeza dengan resipi di korea seperti kimchi. begitu juga dengan aktiviti lain seperti berpeluang bermain dengan dolphin, melihat penguin dan kanggaru di australia.  tempat yang menarik seperti Tanggalooma Island dan Philip Island sangat menakjubkan. Ia panorama yang membuktikan kehebatan allah,” jelasnya lagi yang  menyiapkan 26 episod program masakan ini. rezeki Heliza tidak terhenti di situ, dia juga berlakon dalam drama warkah cinta dan kun fayakun yang menjalani  penggambaran di bumi anbia. berlakon bersama Imam muda nazrul Izwan dan chef Iskandar memberi pengalaman baru buat Heliza kerana berada dalam produksi   yang begitu menjaga solat. “Saya harus beri kredit kepada produksi kedua-dua buah drama ini kerana setelah masuk waktu, penggambaran dihentikan dan pelakon  serta krew mengerjakan solat berjemaah. malahan krew produksi bergilir-gilir menjadi imam. Sikap begini yang harus diteruskan dalam mana-mana perkara sekalipun kerana jika kita mendahului urusan allah, nescaya allah memberi keringanan dalam urusan kita. “Selain itu berada di bumi mesir sangat mendamaikan dengan melawat kota bersejarah seperti kota Salahudin al-ayubi dan berpeluang bertemu pelajar-pelajar kita di sana. Seronok melihat mereka yang begitu zuhud  ketika belajar di sana.” “Masuk sahaja rumah seorang pelajar di sana, penuh buku dari hujung sudut hinggalah ke hujung satu lagi. Semuanya dalam bahasa Mesir, apabila saya tanya semua buku dia ke? Dia jawab ya, rasa kagum melihatnya. Malahan bila dirisik-risik rupanya ramai di sini yang mengambil jurusan profesional seperti perubatan, ingatkan jurusan agama saja,” jawabnya lagi panjang lebar.
 

Usrah Fitrah

Sebagai artis yang sudah berhijab, Heliza turut mengambil peluang untuk bersama rakan-rakan selebriti yang telah berhijrah mendalami ilmu agama menerusi Usrah  Fitrah. Jika dulu ia sekadar tempat mendalami ilmu agama namun kini ia sebagai platform kepada penggiat seni tanah air menjalankan acara amal serta menjalin  ukhuwah memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. “Alhamdulillah penghijrahan ini sangat dialu-alukan. Saya sudah banyak melihat rakan-rakan yang berhijrah, pintu rezekinya terbuka lebih luas. Dengan adanya Usrah Fitrah ini, artis-artis yang mahu mendalami agama boleh menghadiri kelas ini seminggu sekali iaitu setiap hari isnin. Minggu kedua dan keempat pula kita menjadikannya dua hari iaitu isnin dan rabu. Topiknya pula seperti Al-Quran dan Tajwid, Fiqah, Akidah, hadis dan motivasi diri.” “Maklumlah kita belajar benda-benda ni secara formal dah lama, jadi perlu ada kelas pengukuhan supaya kita boleh ingat kembali dan amalkannya. Apa sahaja yang menjadi kemusykilan kita boleh tanya pada Ustaz. Tidak ada soal malu atau segan kerana kita semua dalam proses pembelajaran.” “Malahan ia bukan sekadar tempat belajar, kami iaitu Irma Hasmie, Yatt, Diana Amir, Noryn Aziz, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Salima  F, Teh Syuhada dan ramai lagi juga bagaikan saudara. “Jika ada sebarang kesusahan yang melanda ahli usrah, kami akan memberi bantuan secepat mungkin.  alahan kami mewujudkan group whatsapp sendiri untuk bertanya khabar jika tiada usrah. Selain itu kami juga sentiasa meluangkan masa bersama seperti bermain  badminton, menyokong ahli lain dengan menghadiri sebarang acara yang dilakukannya. Pendek kata ia adalah tempat semua penggiat media berkumpul bagi berkongsi cerita.
 

Jodoh rahsia Allah

Mengulas perkembangan artis yang berhijrah, Heliza berulang kali menyatakan ia adalah satu hidayah dari Allah. Malahan dia juga mahu lebih istiqamah untuk lebih  baik daripada segi fesyen, bual bicara dan juga aspek kehidupan yang lain. “Pastinya tertutup lebih indah dan wanita Islam perlu berpegang pada perintah allah. bagi  mereka yang baru belajar, mungkin ada kurang di sana sini namun lamakelamaan pasti ia akan sempurna juga.” “Apa yang penting ialah kita perlu ada landasan  dalam apa jua cara hidup termasuklah berfesyen. mungkin kita tak tau perkara ini betul atau salah, jadi kita berguru dan menuntut ilmu.” “Pegang kata-kata bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. ajak orang ke arah kebaikan supaya kita juga berada dalam lingkungan kebaikan tersebut. Dunia umpama tempat untuk  menanam di mana tuaian kita adalah akhirat sana nanti. jadi fi kir baik-baik apa yang kita lakukan membawa impak kepada diri kita sendiri atau untuk ramai orang.” “Seterusnya kita berdoa agar allah mengurniakan istiqamah kepada diri saya dan kepada Muslimah di luar sana. Memang sukar untuk berada dalam situasi baru namun jika kita kental menghadapi cabaran dan dugaan, pastinya kita mampu mencapai tahap yang lebih tinggi,” kata Heliza lagi yang sentiasa berkongsi cerita  dengan peminatnya menerusi facebook. Tidak lengkap jika tidak ditanya tentang persoalan nan satu ini. namun pemilik mata bundar ini bijak menjawab soalan  dengan mengatakan itu semua adalah rahsia Allah. “Saya tahu dalam usia sebegini ramai yang bertanyakan soalan yang sama namun apa yang boleh saya  katakan ia adalah rahsia Allah dan sampai masanya pasti hijab itu terbuka juga. Sekarang saya masih solo, lagi pula dengan kesibukan bekerja membuatkan masa  agak kurang untuk memikirkan perkara sebegini.” “namun saya tidak menolak jika ia datang malahan berharap bila sampai jodoh tersebut, saya mahu ia cepat ke jinjang pelamin, tak mahu bercinta lama-lama untuk mengelakkan fitnah. Saya sentiasa berdoa agar allah mempertemukan jodoh soleh dan ia kekal hingga ke  jannah,” jawabnya lagi menutup bicara.