Benarkah wanita cantik adalah wanita yang mempunyai sepasang kaki yang panjang dengan betis membujur. Tubuh ramping dengan pinggang yang kecil. Rambut panjang dengan warna menarik. Kulit putih mulus, berhidung mancung dan mata besar membulat. Apakah cantik dalam erti kata sebenar?

 

Mungkin hari ini, apabila melihat di kaca televisyen, kita didedahkan dengan wanita berpakaian seksi sebagai satu terjemahan ‘cantik’. Makna kecantikan menjadi semakin kurang jelas dalam masyarakat dan ia ditambah pula dengan rangsangan dan usaha-usaha untuk menjadi cantik seperti melakukan pembedahan plastik, memakan produk-produk kecantikan dan berfesyen untuk menonjol.

 

Lihat sahaja majoriti artis-artis di Korea. Ramai antara mereka yang melakukan pembedahan plastik untuk mengubah kejadian semula jadi mereka. Daripada mata yang sepet kepada mata yang galak membulat. Hidung yang kemek bertukar mancung, semata-mata untuk kelihatan cantik dan popular. Bahkan hadiah paling kerap yang diberikan kepada pelajar yang telah menghabiskan persekolahan di sana adalah pembedahan plastik.

 

Namun, adakah ini definisi cantik yang difahami oleh kita sebagai umat Islam?

 

Islam tidak menetapkan satu ciri khusus sebagai kriteria “wanita cantik”, juga tidak menyatakan bagaimana seharusnya penampilan seorang wanita agar kecantikannya terserlah. Akan tetapi, Islam adalah agama yang menyeru kepada kecantikan dan keindahan. Kecantikan yang berbentuk maknawi iaitu berupa akhlak, sifat dan sikap, itu adalah kecantikan sebenarnya dalam Islam.

 

Tabah

Wanita ini akan tertawa pada saat hatinya sedang terluka. Ini kerana dia ingin menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang di sekelilingnya. Yakin dengan pertolongan Allah AWT akan datang kepadanya dan dia terus menampakkan wajah bahagia untuk menutupi segala masalah yang dihadapi. Keyakinannya kepada Allah juga tidak pernah surut.

 

Tidak mengharapkan balasan

Kasih sayangnya terhadap suami dan keluarga adalah ikhlas dari hati. Bukanlah kerana mengharapkan sebarang balasan. Malah, bagi wanita yang cantik seperti ini, kasihnya kepada keluarga membuatkannya kuat dari segala ujian yang menimpa. Kasih sayang seorang wanita cantik ini amat sukar dicari melainkan daripada kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

 

Sentiasa memaafkan

Memaafkan kesalahan orang lain kepada kita sememangnya sukar terutama sekali jika hati sudah terluka dengan perbuatan orang itu. Namun, bagi seorang wanita yang cantik, memaafkan orang yang pernah melukakan hatinya menjadi perkara yang diamalkannya. Ini merupakan cara untuk mendidik diri menjadi lebih tabah.

 

Doa menjadi amalan harian

Seorang wanita cantik tidak akan pernah putus asa berdoa kepada Allah SWT tidak kira siang atau malam . Doanya juga termasuk doa-doa kesejahteraan kepada suami serta keluarga tersayang. Wanita ini tidak mementingkan diri kerana dia lebih mementingkan kepentingan orang yang disayanginya.

 

 Allah SWT berfirman:

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita itu harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”

 

Jadi pembaca sekalian, mari kita sama-sama amalkan sikap dan peribadi yang baik, agar kita bukan sahaja kelihatan cantik di luar, malah dalaman kita akan terus membangkitkan persona. Kecantikan maknawi adalah kecantikan sebenar.