Mungkin ada di antara anda yang sering pening memikirkan makanan apakah yang patut anda bekalkan buat anak-anak tersayang ke sekolah. Maklumlah, dengan karenah anak-anak masa kini yang pelbagai. Mereka kadang kala lebih tertarik dengan makanan yang kurang berkhasiat dijual di sekolah masing-masing. Ini bermakna, peranan anda juga adalah untuk memastikan bekal tersebut  tidak membosankan. Lupakan nasi lemak atau juga mi goreng! Mari cuba taktik lain untuk curi perhatian anak-anak.

Sedikit idea kreatif mungkin dapat membantu membuat bekalan anak anda ke sekolah menjadi lebih istimewa daripada makanan yang lain. Namun, realitinya di awal musim persekolahan pasti sahaja menimbulkan pelbagai ragam anak-anak semua. Ada yang liat untuk bangun pagi, ada juga yang masih lagi dalam mood ingin bercuti dan tidak mahu ke sekolah. Bayangkan dalam situasi yang sama anda juga ingin bersiap ke pejabat. Pening kepala juga dibuatnya ya. Bila pula masanya untuk anda menyediakan bekalan tersebut.

Sehinggakan ramai ibu bapa yang memandang enteng dengan hanya memberi duit belanja dan memberi kebebasan seratus peratus kepada anak untuk memilih makanan mereka. Akhirnya, apabila anak jatuh sakit masing-masing hanya menunding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Yang sebenarnya tidaklah sukar menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak. Kalau tidak percaya, jom lihat video Martha Stewart yang kami terjumpa di Youtube ini. Siapa tidak kenal dengan Martha Stewart, setiap input rancangannya pasti ada sahaja idea kreatif daripada beliau. Apa yang pasti,  beliau tidak pernah menghampakan peminatnya termasuklah tip membuat bekalan berkhasiat paling mudah khas untuk para ibu semua. Bukan untuk anak-anak, anda juga mungkin ingin membawanya ke pejabat.  Saksikan!

 

Sumber Youtube: Martha Stewart