Siapa kata wanita bertudung tidak perlu menjaga kecantikan rambut? Sebenarnya wanita bertudunglah yang perlu membuat penjagaan rapi bagi mahkota wanita ini kerana jika rambut tidak mendapat penjagaan yang secukupnya ia akan terdedah kepada kerosakan rambut seperti kelemumur, rambut bercabang/berbuah, berminyak/kering dan lain-lain lagi.

Di sini kami kongsikan 5 langkah semulajadi untuk mengatasi masalah rambut.

Rambut Kelemumur - Aspirin

Aspirin adalah ubat yang mengandungi asid Salisik yang digunakan dalam kebanyakan syampu anti kelemumur.

Caranya : Hancurkan 3 tablet aspirin hingga menjadi serbuk. Campurkan bersama syampu yang anda gunakan untuk mencuci rambut dan biarkan sekurang-kurangnya dua minit sebelum bilas rambut anda  dengan air.

Rambut Kering - Pisang

Pisang kaya dengan Potassium boleh dijadikan sebagai mask rambut.

Caranya : Kisar sebiji pisang bersama dengan madu. Lumurkan pada rambut dan bakut kepala anda dengan menggunakan topi mandi. Biarkan selama 15-20 minit dan kemudian bilas rambut anda.

Kulit Kepala Berminyak - OAT

Oat bukan sahaja memberi kelembapan pada kulit malah ia berfungsi untuk menyerap minyak yang terdapat di kulit kepala selain membantu mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.

Caranya : Panaskan oat mengikut sukatan yang diperlukan dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, ramas oat tersebut di kepala dan bilas hingga bersih.


Melebatkan Rambut- Bawang

Bawang selain merupakan bahan penting dalam masakan, ia sangat kaya dengan sulfur yang dapat membantu meningkatkan penghasilan tisu kolegen.

Caranya. : Acincang halus bawang merah dan bawang besar. Ambil air daripada bawang itu. Ratakan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 minit. Cuci rambut seperti biasa  menggunakan syampu.

Gatal Kulit Kepala - Minyak Zaitun dan Lemon

Minyak zaitun dan lemon dapat mengurangkan masalah kegatalan kulit kepala.

Caranya : Campurkan dua sudu jus lemon, minyak zaitun dan air. Lumurkan pada kulit kepala.

 

Selamat Mencuba.